Pelakon Eyka Farhana agak kurang bersetuju dengan pandangan segelintir pihak yang merasakan perkongsian gambar-gambar dan momen-momen sewaktu di Tanah Suci, Mekah sebagai satu hal yang tidak wajar.
Menurut Eyka, dia memuat naik foto-foto berkenaan untuk berkongsi kepada umum tentang keindahan bumi Mekah dan Madinah serta mengajak yang lain untuk turut sama menjadi tetamu Allah.
“Ada yang kata, kalau pergi ke tanah suci tak perlu nak berkongsi sangat di media sosial, ‘be low profile’ dan jangan lah asyik bergambar sahaja.
“Ya Allah, kenapa tak boleh nak post kalau untuk nak tunjuk yang betapa indahnya Tanah Suci (Mekah).
“Kalau kita travel ke negara lain habis 10 kali post tak ada masalah, niat kita hanyalah untuk tunjuk yang sangat indah bumi Mekah dan Madinah.
“Dalam masa yang sama dapat juga sedikit sebanyak ajak yang lain atau buat yang lain nak ke sini (dengan izinya),” tulisnya.
Padangan itu dikongsikan oleh pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi Thread.
Pada masa sama, Eyka turut tampil memberikan reaksinya bila ada yang berpandangan perkongsian di media sosial ini seolah-olah menggangu ibadah ketika di Tanah Suci.
“Tapi itu kan niat dalam hati kita. Kalau niat kita baik untuk tunjuk betapa cantik dan indahnya untuk kita ke sana dan tempat paling tenang untuk ibadah dan juga tak akan menganggu ibadah kita, In Sha Allah okay sis.
“Mungkin cara fikiran orang lain-lain. Kita pun tahu juga mana yang patutnya ambil mana yang tidak. Tidaklah 24 jam telefon di tangan,” ujarnya lagi.
Ketika ini, Eyka kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama adiknya dan juga selebriti terkenal, Bella Astillah.
Malah, Eyka juga dilihat berkongsi beberapa hantaran di Instagram sewaktu menziarahi tempat-tempat menarik di Tanah Suci.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Thread Eyka Farhana