Penyanyi Aina Abdul tidak keberatan untuk mengakui dia pernah mencari rezeki di premis hiburan seperti di pub dan kelab malam selama empat tahun.

Menurut Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani,28, dia mempunyai sebab tersendiri membuat persembahan di lokasi sedemikian.

“Saya Tahu Apa Yang Saya Buat Dalam Tu,” – Tak Segan Kongsi, Aina Abdul Pernah 4 Tahun Cari Rezeki Menyanyi Dalam Kelab Malam “Saya Tahu Apa Yang Saya Buat Dalam Tu,” – Tak Segan Kongsi, Aina Abdul Pernah 4 Tahun Cari Rezeki Menyanyi Dalam Kelab Malam

“Saya memang dulu menyanyi di ‘gig’, kelab malam dan pub. Ada yang komen yang seolah-olah saya mempromosikan soal menyanyi di kelab malam. Bab ini, saya memang ada pendirian sendiri.

“Setakat ini saya tidak terganggu dengan komen-komen mengkritik sebab menyanyi di sanalah memberikan lebih rezeki, wang ringgit untuk teruskan hidup. Itu sahaja cara yang saya ada dulu.

“Benda itu nampak macam ‘hina’ tapi saya sebenarnya bila menyanyi dekat kelab, saya masuk (menyanyi) dan saya keluar,” katanya.

Ads

Aina yang kini muncul dengan single baru, Sepi menambah, dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak mengenai perkara tersebut.

“Memang tidak boleh nak puaskan hati semua orang atas apa yang saya buat, tapi saya tahu apa pegangan hidup dan tahu apa yang saya buat kat dalam tu. Saya menyanyi di kelab dari umur 23 hingga 27 tahun.

“Hampir setiap hari buat persembahan meski ia bukanlah secara kontrak. Saya menyanyi sekiranya ada permintaan. Kalau hari minggu saya mula menyanyi sekitar jam 10.00 malam hingga waktu maksimum jam 1.00 pagi,” katanya.

“Saya Tahu Apa Yang Saya Buat Dalam Tu,” – Tak Segan Kongsi, Aina Abdul Pernah 4 Tahun Cari Rezeki Menyanyi Dalam Kelab Malam

Ads

 

Aina terdahulu ditemui pada majlis kerjasamanya bersama produk Trulooks, Truskin di Le Meridien, Putrajaya pada Jumaat.

Dipilih sebagai wajah untuk kempen produk terbaharu Truskin, Aina mengakui rasa teruja dan terharu atas kolaborasi tersebut memandangkan dia sendiri merupakan pengguna setia jenama berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Ads

“Saya sudah menggunakan produk ini sejak dua tahun lalu. Pada mulanya pihak mereka hantar sebagai hadiah. Apabila saya mencuba pelembap diberikan, saya berasakan ia serasi dengan kulit saya.

“Saya suka dengan hasilnya sebab saya bersolek hampir setiap hari dan membuatkan mekap yang diaplikasi lekap pada. Alhamdulillah, sejak itu kulit saya pun menunjukkan perubahan.

“Saya Tahu Apa Yang Saya Buat Dalam Tu,” – Tak Segan Kongsi, Aina Abdul Pernah 4 Tahun Cari Rezeki Menyanyi Dalam Kelab Malam “Saya Tahu Apa Yang Saya Buat Dalam Tu,” – Tak Segan Kongsi, Aina Abdul Pernah 4 Tahun Cari Rezeki Menyanyi Dalam Kelab Malam

“Meski ia tidak drastik, tetapi saya percaya kepada perubahan yang perlahan, tetapi konsisten pada masa sama,” katanya yang mahu mendidik pengguna yang ada masalah kulit sama sepertinya,” katanya.

https://youtu.be/uX99MWd62Jk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI