“Saya Tahu Dah Lama Dia Menanggung Malu Atas Umpatan Orang Kampung…,” – Datin Alyah Dedah Kisah 19 Tahun Dulu, Jentik Hati…

Share

Bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang disambut, rata-rata pengguna media sosial memberi dedikasi teristimewa buat mereka yang bergelar bapa.

Sama ada masih hidup bahagia mahu pun yang sudah tiada, masing-masing anak atau isteri masing-masing tetap memberikan ucapan khas buat yang si bapa.

Penyanyi Datin Alyah misalnya turut mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan serta berkongsi dengan peminat mengenai ucapan hari bapa buat bapa tercinta.

Perkongsian tersebut dibuat penyanyi Jutaan Purnama itu menerusi Insta Stories, semalam.

Beberapa perkongsian itu antara lain mengimbas kembali zaman awal penglibatannya sebagai penyanyi.

Malah, lagu Pesananmu yang menjadi latar status turut ditujukan buat bapanya yang di panggil ‘Apak’.

Al Fatihah dan salam takziah buat Alyah seisi keluarga.

Dalam perkembangan lain, Alyah turut giat mempromosikan single terkininya, Meluruh di samping turut hadir dengan produk sabun, Geboo.

Foto: Instagram Alyah

Published by
Rafiq Mazlan