Juri tetap All Stars Gegar Vanganza (ASGV), Hetty Koes Endang akui dia tidak mempunyai masalah dengan karektor dibawa bekas pengacaranya, Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, sepanjang mengemudikan pentas itu sebelum ini.
Bagaimanapun bintang legenda Indonesia berusia 66 tahun itu percaya, ASGV perlu diteruskan biarpun salah seorang pengacara mereka mengundurkan diri.
“Baru malam tadi saya dengar Kak Lina (Elly) sudah tidak ada tetapi ‘show’ perlu diteruskan kerana bukan dia satu-satunya dalam program itu. Malah, kita juga tahu, ada peminat yang suka dan ada tidak suka.
“Bagi saya, apatah lagi GV kali ini lebih besar di mana disertai juara-juara. Saya hanya mendoakan semua sukses.
“Bagi Kak Lina, semoga beliau sukses di luar sana… Mungkin dia lebih nyaman (seronok) di luar,” katanya menerusi laporan Berita Harian.
Ads
Hetty ditemui pada sidang media mengumumkan penundaan Konsert After Hours With Hetty Koes Endang, baru-baru ini.
Pada sidang media itu, Hetty mengumumkan Konsert After Hours With Hetty Koes Endang di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), yang sepatutnya dianjurkan pada 11 November, ditangguhkan kepada 24 Februari tahun depan.
Ditanya mengenai cara pengacaraan dan pembawaan Elly dalam ASGV, Hetty mengaku selesa bergurau dengan semua pengacara termasuk Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Ads
Baginya, semua pengacara ada cara dan karakter tersendiri, termasuk juga Elly.
“Program di Malaysia dan Indonesia berbeza. Di Indonesia, kami tidak kisah ramai di atas pentas. Saya okay saja dengan mereka semua.
Ads
“Namun, kita masuk rumah orang, kita ikut sahaja. Nabil dan Jihan sudah lama di pentas itu, dia (Elly) boleh membawa versi dirinya tetapi perlu lihat keadaan.
“Jadi, bagi saya, Elly okay saja. Dia perlu kuat mental, jangan mudah kecil hati. Saya tahu dia manja. Jadi, kalau tak kuat, jangan baca komen, harus kuat dan sama-sama harungi. Ini semuanya perlu ‘teamwork’, tiada siapa yang tidak bagus.
“Jujurnya selama saya bersama GV saya tak pernah baca komen. Sebab saya tahu ada suka dan ada tidak suka. Saya tetap jadi diri saya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Yasmin Hani ada memuat naik beberapa keping foto ketika menyambut hari raya Aidilfitri di akaun Instagram miliknya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan kampung halamannya masih dalam negeri yang sama.
Lalu, Yasmin meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menyambut hari raya Aidilfitri bersama orang tua tercinta.
“Walau Raya CMCO / PKPB, akan ku jenguk jua.. Syukur Kampung masih dalam negeri. Tak payah lintas sempadan.
“Inilah mummyku seorang yang tinggal bersama Abah. Sayu pula rasanya sambil type caption ni.
“Ya Allah panjangkanlah umur mummy dan Abah, berikanlah mereka Kesihatan yg berpanjangan, kebahagiaan dan pimpinilah mereka.
“Berkatilah hidup dan amalan mereka. Berikanlah mereka rezeki yang halal tanpa putus.
“Hapuskanlah dosa mereka dan juga arwah Daddy. Tempatkanlah Daddy dikalangan orang yg beriman. Aameen. We miss u daddy. Doa adalah yg sebaik2 caption untuk mereka,” tulisnya pada kapsyen beberapa foto yang dimuat naik.
Terdahulu, pihak kerajaan telah menetapkan syarat tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan sambutan hari raya Aidilfitri.
Foto: Instagram Yasmin Hani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat ada memuat naik beberapa tangkap layar berkenaan pengalaman pengguna Instagram selepas memuat naik sepotong video bersama suaminya, Nabil Mahir.
Menerusi rakaman pendek yang dikongsikan menerusi Insta Story itu, Nabil dilihat beberapa kali mengucup manja pipi isteri tersayang.
Ayda turut bertanya sama ada suami peminatnya turut disifatkan sebagai ‘clingy’.
Lalu, Ayda memuat naik perkongsian dari salah seorang pengguna yang turut mengalami situasi hampir sama meski sudah 12 tahun mendirikan rumah tangga.
“Cutelah! Kita redho berjemaah lah sis. Selalu orang comment cakap ‘baru kahwin boleh la, tunggu 1 ke 2 tahun’ oi! Ni dah 12 tahun tau still perangai sama.
“So ya, lain orang lain perangai, lain nasib. Doa yang baik je untuk semua kan senang,” tulisnya sambil membuat tanda hasthag #teamshubenclingy.
Malah menerusi paparan lainnya pula, Ayda ada berkongsi tangkap layar perbualannya bersama seorang pengguna Instagram.
“Kan baik doa ‘bagus suami manja2, harap sampai ke tua dan bila-bila amin,” antara kata yang dibalas Ayda di dalam teks terbabit.
Terdahulu, kemesraan yang ditonjolkan pasangan selebriti ini menjadi perhatian ramai sejak sah diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu.
Aksi romantis mereka nyata mengundang reaksi pelbagai netizen dan ada yang mengusik mereka apabila Nabil sebelum ini secara berseloroh ada menyatakan hasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata.
Bagaimanapun, Nabil menjelaskan angka tersebut sebenarnya hanyalah nombor kegemaran dan tidak kisah mengenai soal rezeki zuriat selepas mendirikan rumah tangga bersama Ayda.
Foto: Instagram Ayda Jebat, Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Adzrin Ameruddin menyifatkan kejayaannya yang mara ke final program realiti, Big Stage 2019 sebagai rezeki yang sudah diidamkan sejak sekian lama.
Jelasnya kepada MH, meski tidak pernah menjangka mara ke malam kemuncak minggu hadapan, namun kepercayaan dari juri dan peminat pastinya tidak akan dipersia-siakan.
“Saya memang tanam impian untuk berjaya mara ke final. Alhamdulillah, meski saya tidak jangka akan mara memandangkan para peserta lainnya ‘power’ belaka.
“Akan tetapi bila sudah diumumkan sebagai antara peserta yang berjaya mara ke akhir, sangat tak jangka. Allah bagi rezeki besar buat saya,” katanya jujur.
Kongsi bintang muda berusia 19 tahun ini lagi, setiap komen yang diberikan dari pihak juri cuba dimanfaatkan demi mempersembahkan persembahan yang lebih baik dari minggu ke minggu.
“Memang harapan besar untuk ke final. Misalnya sejak pada minggu pertama hingga ke tujuh, saya terima macam-macam komen dari juri.
“Ada yang positif dan sebaliknya. Jadi saya terima dan cuba perbaiki setiap kelemahan yang ada. Apa pun, Big Stage memang jadi satu platform yang besar buat saya.
“Harapan untuk masuk final sudah pun tercapai, memang atau kalah di peringkat akhir saya tidak kisah. Yang pasti saya akan cuba buat yang terbaik,” katanya yang kini muncul menerusi single baru, Picisan.
Pada saingan separuh akhir semalam, Adzrin berada di kedudukan keempat dengan mengumpul markah sebanyak 69.33 peratus, bakal bersaing dengan empat peserta lain yang turut mara ke final iaitu Han Byul, Neeta, Dinda Permata dan Irfan Haris.
Dua peserta yang diumumkan tersingkir ialah Fieya Julia dan Kucaimars.
Malam akhir Big Stage bakal bersiaran secara langsung pada Ahad depan, jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!