Kisah adik Airen yang dijemput khas ke rumah Datuk Rizalman Ibrahim pernah tular satu ketika dahulu selepas dikongsi pereka terkenal ini di ruang Instagram miliknya.
Hari ini, Rizalman berkongsi kisah sedih apabila adik Airen telah kembali ke rahmatullah.
Menerusi mesej yang dikongsi, arwah yang berusia enam tahun meninggal dunia ketika dalam tidur.
“Saya amat bersedeh kerana saya tahu hari seperti ini akan tiba juga akhirnya. Semoga Allah menempatkan adik Airen di tingkatan termulia bersama ibubapa serta keluarganya. Saya amat terkesan,” kongsinya.
Airen juga menjadi jemputan khas menyaksikan Konsert Kesuma Jiwa 2020 yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Februari lalu.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut mengidap sakit buah pinggang dan disahkan mengalami tumor otak. Airen turut ditempatkan di unit Penjagaan Palitif di mana ia merupakan sebuah unit yang khas untuk menjaga pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit kanser, selain yang menghidapi kegagalan organ dalam peringkat terakhir.
Al-Fatihah.
Foto : Instagram Rizalman