Pelawak dan penyampai radio, Shuib tetap mahu meneruskan saman terhadap pengguna akaun Facebook @Johndihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi selepas memuat naik posting berbaur fitnah terhadap dirinya sebelum ini.

Menurut pemilik nama lengkap Shahmira Muhammad ini, saman tersebut dibuat selepas Johan Dihani dikatakan telah memadam permohonan maaf yang telah dimuat naik di Instagram.

Malah, Johan Dihani juga dikatakan telah menghantar surat peguam untuk menafikan segala dakwaan Shuib keatas dirinya.

“Saya Tahu Leceh Tapi Dia Yang Minta…,” – Johan Dihani Tarik Permohonan Maaf, Shuib Sedia Luang Masa Proses Mahkamah

“Pada tanggal 4 Julai, dia buat permohonan maaf di Instagram Stories. Kemudian, pada 10 Julai, peguam saya menerima surat daripada pihak peguam Johan Dihani menyatakan yang anak guamnya tak setuju dan menafikan apa yang telah dia keluarkan sebelum ini.

“Pada saya, situasi ini pun sudah berbelit-belit. Mula-mula dia minta maaf. Lepas dapat surat, dia menafikan,” katanya kepada MH.

Ads

Dalam pada itu, penyampai radio, Suria FM ini turut menegaskan dirinya sudah bersedia untuk menjalani proses mahkamah yang panjang demi menegakkan keadilan buat dirinya.

“Saya Tahu Leceh Tapi Dia Yang Minta…,” – Johan Dihani Tarik Permohonan Maaf, Shuib Sedia Luang Masa Proses Mahkamah

“Semasa saya buat sidang media sebelum ini, saya sudah pernah menyatakan yang saya sudah bersedia untuk meluangkan masa untuk dia.

Ads

“Saya tahu hal ini akan menjadi leceh untuk turun naik mahkamah tapi untuk dia, saya ada masa.

“Mungkin dia yang minta hal ini berlaku. Peguam pun dah bagitahu saya yang hal ini akan jadi panjang. Saya okay,” kongsinya lagi.

Shuib berkata sedemikian ketika ditemui di sidang akhbar isu saman netizen yang difailkan Shuib di BubbleBee, Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ads

Tambah Shuib lagi, saman ini juga dibuat bertujuan untuk melawan budaya fitnah yang bertentangan dengan norma di Malaysia.

Sementara itu, peguam yang mewakili Shuib, Syed Afiq Syed AlBakri dari Tetuan Zharif Nizamuddin memaklumkan surat tuntutan saman telah pun difailkan dan akan diserahkan kepada peguam Johan Dihani.

“Saya Tahu Leceh Tapi Dia Yang Minta…,” – Johan Dihani Tarik Permohonan Maaf, Shuib Sedia Luang Masa Proses Mahkamah

“Kami telah memfailkan satu writ saman dan telah difailkan semalam. Pada hari ini, kami telah menerima abstrak daripada mahkamah dan kami akan buat serahan kepada wakil defenden,” katanya.

Terdahulu Shuib mengambil tindakan terhadap dua pengguna media sosial selepas menuduh dia merupakan anggota sebuah organisasi Freemason selain seperti sengaja membiarkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin ditidurkan sekaligus meninggal dunia kerana jangkitan COVID 19 dua tahun lalu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI