Bintang versatil Elly Mazlein menjelaskan suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh memahami kerjaya serta komitmennya di dalam mengendalikan sesebuah rancangan termasuk Gegar Vaganza musim terbaharu.
Menurut Elly, 42, dia tidak pernah lupa untuk memberitahu dan berkongsi apa yang dilakukan kepada suami sepanjang tempoh bekerja.
“Sebelum keluar rumah, saya beritahu suami yang saya bekerja. Asalkan kita tak melebih, menyentuh dan sebagainya. Saya tahu rakyat Malaysia pun faham saya memang begini, tapi tidaklah melebih-lebih.
“Kita kena faham penonton yang tonton seisi keluarga. Kita hanya mahukan adanya elemen sikit-sikit ‘ketawa gedik’ di situ, tiada niat apa-apa. Yang penting saya sendiri tahu batas, saya pun bersuami,” katanya kepada MH.
Artikel Berkaitan;
“Dia Tak ‘Overshadow’ Peserta Pun,” – Elly Melebih-Lebih? Ini Respon Rakan Hos GV9, Nabil Ahmad
Dari Menyanyi, Berlakon Sehinggalah Jadi Hos GV9, Elly Mazlein Secara Rasmi Jadi Penyampai Era Pula!
Mengulas mengenai dakwaan segelintir penonton yang menyifatkan dirinya yang ‘keluar masuk’ pentas ketika peserta sedang membuat persembahan sebagai mengganggu, ini katanya;
“Saya tidaklah beri penjelasan panjang lebar di media sosial berkenaan perkara tersebut. Sebab ada di kalangan penonton yang berkongsi paparan video penuh yang mungkin penonton di rumah tidak nampak.
“Jadi tak payahlah buat apa-apa kenyataan, lama kelamaan nanti orang akan tahu juga. Malah Jac pun ada berikan penjelasannya juga sebelum ini,” jelas Elly yang kini turut bergelar penyampai radio Era mengendalikan segmen Carta 40 Era setiap Sabtu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI