Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu tuntutan sebanyak RM59 juta oleh seramai 41 pelabur pelaburan mata wang kripto terhadapnya.
Terkejut kerana baru mengetahui hal terbabit hari ini, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk tindakan susulan.
“Saya sendiri tidak tahu secara terperinci apa tuntutan mereka. Malah saya baru sahaja tahu hal ini selepas dimaklumkan pihak media.
“Jadi lebih baik sekirannya berurusan dengan peguam saya. Biarlah pihak peguam akan menjawab.
“Saya tidak boleh komen lanjut sebab perkara ini melibatkan undang-undang. Biarlah saya bincang dengan peguam dahulu,” katanya.
Vida berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharu anaknya, Cik B berjudul Doakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Ads
Tambah Vida dia juga tidak menolak sekiranya apa yang berlaku sebagai untuk menjatuhkan imejnya.
“Saya dah lama dalam industri perniagaan dan sosial media. Saya tahu ramai yang tak suka saya. Sayatahu saya banyak musuh.
“Jadi tak mustahil ada orang yang cuba nak jatuhkan saya. Mungkin mereka sakit hati atau cemburu.
Ads
“Memanglah terkejut dengan berita itu tapi saya tak terkesan pun. Saya masih bertahan dalam perniagaan,” katanya lagi.
Dalam masa Vida juga terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat sekiranya mereka mahu bersemuka.
“Mereka tidak ada menghubungi saya pun. Boleh sahaja cari saya di sosial media. Saya pun sentiasa ada di Malaysia,” tegasnya.
Ads
Pada pagi Jumaat, satu sidang media diadakan menuntut Vida untuk membayar wang pelaburan kepada 41 individu yang pernah membuat pelaburan dalam Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy).
Kesemua yang terbabit membuat tuntutan tersebut selepas mendakwa wang pelaburan serta keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan kepada mereka sejak 2018.
Peguam yang mewakili kesemua plaintif iaitu Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada Vida selaku defendan pertama pada 15 Disember 2022 di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Fattah Amin kini tampil dengan lagu Bebas ciptaan Rudy Nastia serta lirik Leo Azman di bawah label Universal Music Sdn Bhdyang telah pun dilancarkan secara rasmi pada Khamis.
Turut dilancarkan serentak ialah video muzik lagu berkenaan yang diarahkan Thaqif Saadon di saluran YouTube.
Bebas mengangkat bagaimana setiap permasalahan sosial atau isu membabitkan mental khususnya pasti ada cara membebaskan diri daripada terus dibelenggu dengan kesedihan serta kemurungan.
“Melihat kepada judul lagu ini secara jelas juga membawa kita kepada erti sebuah kebebasan dan tidak mahu terus terbelenggu dengan hal yang negatif. Saya melihat cara penyampaian lagu ini ditujukan kepada sesiapa saja termasuk peminat yang berdepan masalah sosial termasuk kemurungan.
“Lagu ini cuba menyalurkan semangat baru dan menyuntik motivasi sekali gus mahu membebaskan daripada bebanan dan tekanan masalah dialami. Pada akhirnya juga kita harus yakin dan percaya dengan diri, bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan keluar daripada kepompong itu. Kita harus ingat masih ada orang sekeliling termasuk keluarga dan kawan yang boleh menyokong kita daripada terus larut tanpa arah tujuan.
“Jika diteliti bait lirik lagu ini ia sebenarnya membawa mesej positif kepada yang mendengarnya,” kata pemenang Hero Remaja 2012/13 ini.
Pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini juga menjelaskan dia banyak melihat naskhah lagu terbabit dengan melihat isteri tercinta sebagai inspirasi paling istimewa.
“Tak dinafikan Bebas banyak mengambil inspirasi daripada isteri saya. Dia sendiri memang sudah lama menyebarkan segala elemen dan aura positif dalam hidup termasuk di media sosial.
“Apabila saya menjadi suaminya, inspirasi itu jadi bertambah dekat dalam diri. Kalau perasaan sebelum ini pun dia ada menyebarkan elemen positif menerusi lagu Sayangi Dirimu,” katanya lagi.
Buat kali pertamanya juga pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin ini turur terbabit dari proses awal hingga akhir penghasilan lagu berkenaan.
“Sebelum ini lagu saya terarah kepada elemen romantik dan cinta. Jadi dengan pelbagai masalah sosial yang kita baca dan dengari setiap hari beberapa tahun kebelakangan ini, saya percaya sekarang masa yang sesuai untuk mengambil satu langkah ke hadapan dalam kerjaya nyanyian.
“Sampai bila saya nak terus selesa menyanyi lagu berkonsep cintan cintun. Saya juga mahu ada pembaharuan dalam aliran seni. Saya mahu beralih arah ke sesuatu yang boleh memberi manfaat bersama sambil berhibur. Saya lihat ini juga langkah untuk saya tidak statik dengan apa yang ada sekali gus dapat melonjakkan kerjaya seni.
“Bebas ini saya sifatkan sebagai hadiah untuk peminat dan penyokong yang terus setia berada di belakang. Saya yakin peminat contohnya tidak hanya mahu mendengar lagu cinta semata-mata. Peminat saya ada di pelbagai peringkat umur termasuk dewasa dan muda yang pastinya terpalit dengan masalah semasa. Lagu ini cara saya sumbangkan sesuatu untuk peminat juga masyarakat terutama dalam memberi nasihat dan panduan menaikkan semangat yang hilang,” katanya.
Lapan tahun menceburi arena seni, Fattah secara peribadi turut merakam rasa bangga dengan perkembangan dirinya demi memastikan Bebas menjadi sebuah koleksi yang akan dikenang sampai bila bila.
“Saya teruja dan pada masa sama terharu kerana dapat terbabit sama dalam proses pembikinan lagu ini. Bukan hanya sekadar menyanyi, saya juga terbabit dengan pemilihan melodi serta bunyi untuk lagu. Saya dan komposer Helen Yap, sama-sama duduk berbincang memilih bunyi muzik yang betul betul baik.
“Malah untuk video muzik pun saya mengeluarkan input dan idea. Saya mencurahkan idea, konsep dan isi cerita dalam muzik video ini. Awalnya pihak produksi video muzik ada idea jalan cerita mereka sendiri. Namun akhirnya jalan cerita saya yang menjadi tunjang penceritaan,” akui Fattah.
Terdahulu, bintang berusia 30 tahun ini turut menegaskan yang bidang nyanyian bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, sebaliknya serius bergelar penyanyi.
“Siapa kata saya main-main menyanyi? Saya serius. Cuma, menyanyi bukan seperti berlakon. Lakonan mengambil masa panjang, menyanyi pula rekod lagu dalam masa seminggu boleh siap. Tanggapan itu tak betul.
“Lihat bagaimana saya begitu bersemangat terbabit daripada A hingga Z untuk lagu Bebas. Daripada proses demo hinggalah ke video muzik.
“Peminat kenal saya sebagai pelakon, tetapi jujurnya, saya serius menyanyi. Saya minat menyanyi sejak zaman kolej lagi, siap ada kumpulan sendiri. Cuma ketika awal menyertai pentas seni, rezeki lakonan yang lebih dulu ditawarkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Fattah kini sedang sibuk di set penggambaran drama adaptasi novel, Pink Smile karya Luna Adresia.
Drama 20 episod yang akan menghiasi slot Lestary Tv3 itu menyaksikan dia bergandingan dengan Sweet Qismina.
Bebas telah pun berada di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer. Joox dan juga Apple Music bermula pagi 13 Mac 2020.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rupanya, ini antara dua memori ini paling terpahat dalam hati pelakon, Izham Ismail.
Tulisnya menerusi Instagram, dia pernah berkongsi semangkuk mee segera dengan isteri sementara menunggu mana-mana tawaran kerja.
Malah, ujian terus menduga apabila anaknya, Nur Sofea Inara pula mempunyai komplikasi jantung yang dipanggil Transposition of Great Arteries (TGA) dan terpaksa menjalani pembedahan injap jantung utama 19 Jun tahun lalu.
“Dua insan yang aku sangat perlukan dalam hidup. Susah senang ada dengan aku.
“Berbekalkan Maggi Rm2.50 pernah kami kongsi. Benda ni buat aku kuat untuk ada dengan diorang sampai bila-bila.
“Diduga dalam bentuk rezeki lepas dapat rasa nikmat bawa inara balik rumah dari operation jantung. Masa tu sendirian uruskan kerjaya. Wife nekad jaga inara sampai betul-betul sihat baru teruskan kerjaya dia.
“Dulu, bila tengok balik memori kitorang ni aku tak tahu kalau aku jumpa orang lain sanggup ke dia duduk semeja dengan aku makan maggi RM2.50 hari hari sampai aku dapat kerja?,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon tinggi lampai ini turut mendoakan ujian kesihatan berkala anaknya berjalan dengan lancar, hari ini.
“Hari ni 2 May 2019 hari inara kena scan detail jantung dia. Doakan inara di jalan terbaik ye semua.
“Korang yang baca ni ada kisah dengan pasangan yang korang ingat sampai mati tak?
“Jum kongsi untuk semua hargai pasangan masing-masing. Yang buruk kita buang dan ubahkan yang baik kita simpan dan jadikan ingatan,” tulisnya panjang lebar.
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.