Penyanyi yang juga duta pusat ilmiah, PTTI, Iman Troye berbesar hati menawarkan saguhati berupa wang tunai berjumlah RM300 kepada 10 pelajar yang mendapat peningkatan keputusan dari G ke A di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin menjelaskan, mana-mana ibu bapa atau pelajar berkenaan boleh menuntut ganjaran itu dengan menghantar mesej peribadi ke akaun Instagram (IG) rasmi @pttionline beserta bukti slip keputusan SPM.
Kata penyanyi lagu Nang itu lagi, konsepnya siapa cepat, dia yang layak menerima imbuhan terbabit.
“Saya tahu nilai RM300 itu tidak besar mana, tapi saya yakin setiap usaha itu pasti beroleh kebaikan dan ganjaran.
“Bukan mudah belajar dan menempuhi peperiksaan di era pandemik COVID-19 dulu. Tapi yang berjaya dapat keputusan cemerlang ini, mereka membuktikan kesungguhan itu tanpa prejudis.
“Jadi, lekas ke IG @pttionline dan DM pihak mereka untuk menuntut ganjaran itu. Ingat, hanya 10 terawal yang saya dan PTTI cari,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Iman mengucapkan syabas kepada pelajar SPM 2021 yang berjaya atas keputusan masing-masing yang seterusnya boleh membanggakan diri dan keluarga.
Malah katanya lagi, bagi yang kurang berpuas hati dengan keputusan SPM, jangan cepat putus asa kerana ia bukan penamat segala-galanya.
“Seperti yang kita baca dan maklum, seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2021 memperoleh keputusan semua A.
Ads
“Seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian. Yang mendapat keputusan lulus, seramai 129,796 atau 33.96 peratus.
“Manakala 125,454 calon pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran. Seramai 43,703 calon bersamaan 11.44 peratus memperoleh keputusan kombinasi gred dan 0.43 peratus atau 1,655 calon memperoleh keputusan semua gagal,” katanya.
Untuk rekod, seramai lebih 5,247 pelajar PTTI mendapat keputusan SPM 2021 hari ini. Rata-ratanya mendapat peningkatan keputusan mendadak.
Ads
Iman sebelum ini mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM yang diambilkan pada tahun 2019 selain pernah menerima sijil dekan ketika mengikuti pengajian di universiti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecewa apabila muatnaik video menyanyi dan cubaan rapping mendapat reaksi negatif netizen. Bukan kerana suara, namun Atikah Suhaime dikecam dengan gangguan seksual.
Menyanyikan lagu Thank You, Next oleh Ariana Grande, pelakon dari Singapura ini meluahkan perasaan di entri terbaru mengatakan dia tiada niat menunjukkan apa-apa selain daripada cover lagu tersebut.
“So yesterday I posted a video of myself tryna rap before bed. I ain’t tryna show you anything, I just wanted to show you a dope cover from someone else. Yes I’m flat chested. So ??you.”
Memberi sokongan moral kepada tunang Awi Rafael ini, kata netizen, pedulikan kata-kata kotor yang datang dari lelaki tidak bermaruah itu.
Namun, masih ada kata-kata kurang elok dilemparkan kepadanya mengaitkan kembali kontroversi yang pernah melanda.
Diharap netizen dapat berfikir sebelum menulis komen, bukan apa, apa yang ditulis tercatat di bahu kiri atau kanan. Jadi berhati-hati ya.
Dan jangan sampai surat saman sampai depan rumah. Cheers
Foto – Instagram Atikah Suhaime
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha sering berkongsi video serta foto masakan pelbagai hidangan buat yang tersayang.
Terbaru, menerusi entri terkini pelakon 35 tahun itu di Instagram, dia dilihat ada menyediakan menu Nasi Goreng Kampung buat suami tercinta, Aidil Aziz.
Menurutnya, masakan kampung merupakan menu kegemaran suami.
“Kegemaran Encik Suami, Dia kata Sedapnya sayang, Macam masakan orang kampung. Eh, memang isteri u orang kampung, jawapan I.
“Hanya Nasi goreng Dan doa mengiringi suami Dan team MASC @masc2012 Malaysia ke Singapore untuk Perlawanan bola Sepak Di Singapore Malaysia Celebrity Cup 2019.
“Faktor kesihatan tak mengizinkan. Tak dapat nak join sayang. Good luck semua. #kisahsubuhtadi #taksempurnabyfashasandha@itsaidilaziz,” tulisnya yang telah berkahwin bersama Aidil pada 30 Mac lalu.