Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menjawab pertanyaan pihak media selepas dilihat agak sebak sebaik meminta juri tetap Gegar Vaganza 7 (GV7), Datuk Ramli MS untuk memberikan komen sejurus selesai membuat persembahan final, malam tadi.

Penyanyi senior itu menjelaskan, sebagai penyanyi yang sinonim dengan satu genre sahaja sebelum ini, dia cuba untuk belajar dan meletakkan pengarah muzik itu sebagai guru yang mendidik.

Pada masa sama, Noraniza atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani menyifatkan Ramli (Tok Ram) juga tidak bias.

“Saya Tahu, Saya Penyanyi Genre Irama Malaysia Saja,” – Noraniza Idris Anggap Tok Ram Tak Bias & Mentor Yang Mendidik Bintang GV

“Sebenarnya, kadang-kadang bila bersama dengan para bintang GV7 yang hebat ini, saya rasa sangat kecil. Saya tahu, saya penyanyi genre Irama Malaysia sahaja.

“Jadi bila penyanyi Irama Malaysia nak menyanyi genre berbeza daripada sebelumnya, ini adalah satu proses pembelajaran yang mungkin orang luar tidak tahu. Jadi kadang-kadang rasa down… macam-macamlah rasa.

Ads

“Bila saya minta Tok Ram untuk berikan komen dan pendapatnya itu, memang betul saya mengenalinya sejak di bangku persekolahan, baru nak jadi penyanyi.

“Pernah juga dia jadi penerbit album, arrange muzik dan sebagainya. Akan tetapi, Tok Ram dia tidak bias.

“Kalau kita bagus, dia akan cakap bagus dan begitulah sebaliknya. Sebab itulah saya meletakkannya dia sebagai mentor yang mendidik bintang GV,” katanya.

Ads

“Saya Tahu, Saya Penyanyi Genre Irama Malaysia Saja,” – Noraniza Idris Anggap Tok Ram Tak Bias & Mentor Yang Mendidik Bintang GV

Sementara itu, bintang ini turut mendedahkan perjalanannya selama 10 minggu di GV sesuatu yang memberi bermakna.

“Meski saya pernah dapat pengiktirafan sebelum ini, ia tidak sama dengan GV. Setiap minggu tugasannya berbeza dan kita belajar.

Ads

“Bila orang luar kecam tu, kadang rasa sedih. Biasalah sebagai manusia, ada masanya kita rapuh juga,” katanya yang diumumkan sebagai pemenang tempat keempat. 

Terdahulu, Noraniza meminta pandangan juri tetap itu terhadap sepanjang tempoh pembelajarannya di GV7 dan Tok Ram merumuskan Noraniza sebagai penyanyi yang sangat tekun.

“Saya Tahu, Saya Penyanyi Genre Irama Malaysia Saja,” – Noraniza Idris Anggap Tok Ram Tak Bias & Mentor Yang Mendidik Bintang GV

Foto: Astro (Azrul Rafie)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI