“Saya Tak Ada Musuh Dalam Industri,” – Sherry Alhadad Dedah Tips Cari ‘Magis’ Sama Rakan Hos

Share

Sherry Al Hadad bakal menjadi pengacara untuk sebuah lagi rancangan realiti hiburan terbaru terbitan Astro, Dansa Dan Sing.

Difahamkan, hos berusia 37 tahun ini bakal digandingakan bersama rakan pengacara yang masih belum didedahkan siapa.

Kongsi Sherry, dirinya bersikap terbuka dan tidak terlalu memilih apabila ditanya mengenai pasangan hos bagi mengendalikan sesebuah program TV.

“Saya terima tawaran ini walaupun saya tidak tahu dengan siapa akan digandingkan. Sebabnya, saya jenis yang sangat mudah mesra dan senang dengan bergaul dengan sesiapa pun.

“Saya tak ada musuh dalam industri, saya tak ada rasa macam tidak suka atau gaduh dengan sesiapa. Jadi, InsyaAllah untuk saya berjumpa dengan orang baru, untuk mencari keserasian itu boleh dikatakan mudah,” katanya.

Pada masa sama, pengacara Big Stage di samping Alif Satar itu bagaimanapun mengharapkan rakan hos agar bersikap terbuka sepertinya.

“Tapi orang itu mesti sikap terbuka juga seperti saya. Maksudnya dia pun kena terbuka untuk menerima apa sahaja pendapat dan teguran saya.

“Pada masa yang sama saya pun kena bersikap terbuka begitu. Kalau gandingan seperti tidak berapa ‘kena’, ia perlu diberi masa untuk mencari keserasian itu.

“Macam saya dengan Alif misalnya, keajaiban tidak menjadi dengan satu malam. Sebelum berkerjasama, dia kena kenal siapa Sherry Alhadad dan begitu juga sebaliknya.

“Jadi saya sangat terbuka untuk menerima siapa-siapa untuk menjadi pasangan saya,” katanya optimis kepada MH.

Terdahulu, Sherry pada sidang media program Dansa Dan Sing yang berlangsung di Nicsmann 1940s By Lewre, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.

Program rancangan realiti yang menggabungkan elemen dinamik seni tari dan seni suara itu bakal menemui penonton bermula 5 Januari depan di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Published by
Nazar Rafiqhi