Baru-baru ini, pelakon jelita Elizad Sharifuddin telah diundang sebagai tetamu jemputan sebuah rancangan Curhat yang membincangkan topik Zuriat Syurga telah disiarkan di Astro Prima.

Meski belum dikurniakan cahaya mata, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin akui sering menerima persoalan mengenai hal anak.

“Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan netizen cakap saya tak berdoa dan beriya dalam soal ini, saya sedih.

”Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.

IKLAN

“Tapi orang sekeliling selalu tanya bila nak ada anak. Saya mana tahu. Saya bukannya Tuhan. Kalau ditanya, tentu saja saya nak anak. Ya Allah, tolong bagi saya satu,” katanya.

Dalam pada itu, bintang berusia 36 tahun ini turut meminta maaf pada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.

“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf,” jelasnya lagi.

Program itu turut menampilan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pelakon, Izzue Islam.

Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Foto: Harian Metro Online, Instagram Elizad Sharifuddin