Tidak mahu mengambil mudah, penerbit Jaja Ishak berharap semua syarikat produksi tempatan supaya mengambil serius isu berkaitan pelakon atau kru produksi yang didapati mengambil dadah.

Menurut Jaja, dia juga gemar mengingatkan supaya tiada syarikat produksi yang mengamalkan konsep ‘selagi belum kantoi tidak mengapa’ berkaitan hal terbabit kerana ia hanya akan menjejaskan reputasi ramai pihak.

“Kalau nak cerita mengenai isu pengambilan dadah ini agak subjektif. Saya hanya mengambil kru yang saya pernah bekerjasama dan yakin mereka tidak terbabit dengan benda-benda negatif yang boleh mencemarkan nama syarikat produksi.

“Tidak dinafikan industri lain juga ada berdepan dengan masalah sama, cuma bila membabitkan industri kreatif perkara ini menjadi besar walaupun jumlahnya tak ramai.

Ads

“Bagaimanapun saya berharap tiada penerbit yang mengamalkan konsep ‘selagi belum kantoi tidak mengapa’ kerana bimbang isu ini tidak berkesudahan. Sepatutnya perkara ini perlu dikekang dari awal kerana isu sebegini boleh memberi imej buruk kepada syarikat produksi lain,” katanya.

Jelasnya lagi, meski sukar untuk mengenal pasti individu yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah, namun pihaknya serius mengenai perkara itu.

Ads

“Saya tidak akan berkompromi jika ada mana-mana artis, kru produksi atau pihak pengurusan yang secara terbukti terbabit dengan benda negatif. Saya akan gugurkan nama mereka daripada menyertai atau meneruskan penggambaran.

“Sebenarnya untuk mengenal pasti individu yang terbabit dengan dadah ini agak sukar tapi saya bersyukur kerana sudah mengambil kru yang dikenali dengan rekod bersih dari awal,” katanya.

Ads

Dalam perkembangan lain, Jaja memaklumkan syarikat produksi miliknya Kembara Sufi Sdn Bhd sedang sibuk menjalani beberapa penggambaran.

Antara yang terkini ialah drama bersiri Saat Kau Takluk Cinta Ini yang bakal ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3.

“Saya Tak Akan Kompromi Jika…,” – Penerbit Jaja Ishak Tak Rela Amal Konsep ‘Selagi Belum Kantoi Tak Mengapa’ “Saya Tak Akan Kompromi Jika…,” – Penerbit Jaja Ishak Tak Rela Amal Konsep ‘Selagi Belum Kantoi Tak Mengapa’

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI