“Saya Tak Akan Ubah, Terima Kasih…,” – Sweet Qismina Terangkan Asal Usul Namanya

Share

Pelakon cantik, Sweet Qismina sebelum ini pernah mendedahkan kisah tersendiri di sebalik nama komersialnya itu.

Kongsi Sweet menerusi Instagram, nama tersebut ialah pilihan arwah bapanya ketika berada di Mekah.

“Orang selalu tanya dan persoalkan nama Sweet Qismina. Kadang-kadang sedikit terasa instead of Qismina depa panggil Qistina.

“Saya tahu nama saya sangat rare tapi adakah kamu tahu nama saya Qismina datangnya dari Tanah Mina?

“Arwah baba yang letak nama tu. Mama nak nama Qisrina tapi sebab masa baba berada di Tanah Mina mungkin disebabkan dia terlalu menyukainya tu dia letak nama saya Qis’MINA’.

“Mama tak mahu sebab takut orang ejek panggil Mina or Minachi or Minah.

“Arwah baba masih nak letak sebab dia kata Mina tu tanah haram, tanah suci. Dulu terfikir juga kenapa sebab susah orang nak ingat nama saya (sampai sekarang tersasul),” tulisnya.

Dalam pada itu, Sweet juga mendedahkan dia selesa dan bangga akan nama pemberian arwah bapanya itu.

“Tapi sekarang saya tak kisah. Saya akan betulkan nama dan lagi bangga adalah nak sebut nama Qismina tu.

“Lebih-lebih lagi bila kita sendiri dengar perjalanan orang melakukan haji dan lihat tempat itu sendiri.

“Allahu, saya tak akan ubah nama saya. Terima kasih baba (P.S nasib keluar adik sorang lagi dapat lah mama letak nama Qisrina tu),” tulisnya.

Terdahulu, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi ke tanah suci Mekah bersama keluarganya untuk melakukan ibadah umrah pada penghujung Januari lalu.

Foto:Instagram Sweet Qismina

Published by
Amynur Akmal