Perpisahan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah nyata mengundang rasa sedih peminat, apatah lagi insiden yang berlaku melibatkan konflik rumah tangga kedua bintang berkenaan.
Malah, Bella yang sebelum ini dikenali sebagai ibu yang cekal dan tabah atas beberapa khilaf yang dilakukan si suami, akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah sebagai jalan terbaik.
Bagaimanapun ketika diajukan persoalan dari pihak media sama ada dia masih sayangkan bekas suami, Bella sejujurnya mengakui masih sayangkan Aliff, memandangkan mereka sudah lebih lima tahu mengenali seterusnya membina hidup bersama.
“Saya boleh jawab terus. Memang sayang. Sebab apa…tipulah tak sayang dah lima ke enam tahun bersama. Dah ada anak pun. Jadi mestilah masih sayang, sudah tentu.
“Tapi rasa sayang tu saya kena ketepikan. Kena move on, maju ke depan dan terima perpisahan ini,” kongsi Bella lagi.
Pada masa sama, Bella turut memberitahu, tak salah untuk rasa sayang, sebagaimana dia menyayangi individu terdekat lainnya.
“Saya tak benci dia, tapi saya doakan dia mendapat kehidupan yang lebih baik selepas ini,” jelas Bella lagi.
Terdahulu, pasangan tersebut berpisah dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden, dua tahun.
Foto: Carian Google, Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenapa Tiba-Tiba Nampak Kurus? Ini Jawab Hafiz Suip
Gara-gara berkongsi sekeping foto di Instagram, fizikal penyanyi Hafiz Suip menjadi bualan netizen apabila ramai yang menyangka, bintang kelahiran Sarawak ini terkena buatan orang apabila tubuhnya dilihat susut.
Bagaimanapun Hafiz seperti yang dipetik Harian Metro menegaskan, dia tidak sakit atau terkena buatan orang.
“Saya tak sakit mahupun terkena buatan orang. Tolonglah hentikan spekulasi,” katanya.
View this post on InstagramI am still survive…akhirnya makan..u think i dont know the game u play 😁
A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on
Berkongsi lebih lanjut mengenai foto berkenaan, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip menjelaskan dirinya mungkin kelihatan kurus kerana sudut gambar yang diambil.
“Saya mungkin nampak sebegitu (kurus) disebabkan sudut foto yang mengiring ke tepi.
“Alhamdulillah setakat ini saya sihat, tak sakit apatah lagi terkena buatan orang,” jelas Hafiz yang turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang membayangkan rumah tangganya juga goyah.
“Keluarga saya bahagia dan isteri amat menyayangi saya. Kami kini sedang menguruskan anak, Muhammad Riyadh Zafri yang berusia setahun lapan bulan,” kongsi Hafiz.
View this post on InstagramAssalamualaikum semua..let us begin our day with a cup of tea..bismillahirrahmannirrahim
A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on
Pada masa sama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Awan Nano ini juga turut menghargai peminat yang peka dan mengambil berat akan dirinya.
“Saya amat menghargai warganet dan peminat kerana mereka masih mengambil tahu perkembangan dan kesihatan saya,” akhiri Hafiz yang bakal muncul menerusi lagu duet bersama Adira Suhaimi.
Foto: Instagram Hafiz Suip
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Bersetuju Untuk Bercerai Selepas Usaha Membaik Pulih Perkahwinan Tidak Berjaya,” – Nabila
Noor Nabila Mohd Noor menegaskan keputusannya untuk berpisah bersama suami, pelakon Sharnaaz Ahmad merupakan hasil persetujuan secara bersama selepas usaha untuk memperbaiki hubungan sebagai pasangan suami isteri menemui kegagalan.
Kakak kepada Neelofa itu pada masa sama turut akui rasa terkejut dengan kenyataan balas Sharnaaz sebelum ini.
“Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.
“Selain itu, kami juga ingin menyelesaikan permasalahan ini secara baik, damai, aman dan waras. Semua itu dilakukan demi masa depan anak kami, Jebat Jayden.
“Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.
Pada masa sama, Nabila turut menambah dia ada menerima surat perjanjian cerai daripada Sharnaaz menerusi aplikasi WhatsApp dan peguam pelakon itu turut menghantar butiran sama menerusi e-mel.
“Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian
“Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada kemungkinan sikap panas baran suami selain kewujudan orang ketiga dalam hidup lelaki itu sebagai punca mereka bertindak demikian, ini reaksi Nabila;
“Saya tidak mahu komen bab itu. Kami pun sudah tidak tinggal sebumbung, sejak Februari tahun lalu,” jelasnya ringkas.
Baru-baru ini, Nabila didakwa telah pun memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas gosip mengenai perkara itu diperkatakan ramai.
Malah, perkongsian sekeping foto dipercayai diambil dari Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Instagram Story milik Nabila turut menjadi perhatian.
Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, setahun.
View this post on InstagramIkuti penjelasannya. #MHnews #MediaHiburan
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Nabila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takkan Kembali Berlakon. Disebabkan Menjadi Selebriti Saya Diisytihar Bankrap,” – LHDN Isytihar Iqram Dinzly Muflis
Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.
Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin mendedahkan perkara itu di Instagram semalam.
Difahamkan, keputusan itu telah disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak
“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima.
“Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal.
“Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Iqram juga dilaporkan berkata, notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan itu diterima sejak tiga tahun lalu yang pada asalnya berjumlah hampir RM200,000.
Jumlah berkenaan dikira sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam lakonan.
“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000.
“Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.
“Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar.
“Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia akan kembali berlakon untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang itu, Iqram tegas dengan pendirian tidak sama sekali.
“Saya takkan kembali berlakon. Disebabkan saya menjadi selebriti saya diisytihar bankrap,” tegas Iqram.
Sementara itu, menerusi Intagramnya yang dikemaskini, Iqram turut memuat naik beberapa posting berkaitan. Antaranya;
View this post on InstagramA post shared by KuliBatakAllah (@kulibatakallah) on
View this post on InstagramA post shared by KuliBatakAllah (@kulibatakallah) on
Sumber/Foto: Harian Metro/Iqram Dinzly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI