
Berikutan kes baru Covid-19 yang semakin meningkat saban hari, usahawan, Bonda Rozita memutuskan untuk menghentikan operasi Rumah Hutan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali stabil.
Menurut Rozita, meski pun keadaan ekonomi ketika ini agak tidak menentu namum, dia tetap menyifatkan keputusannya itu adalah untuk kebaikkan bersama.
“Makin banyak kes Covid 5725 (kes baru harian). Walau susah tak ada bisnes, saya tak berani buka rumah hutan. Biarlah bertahan sampai lepas vaksin datang,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri ini turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhemah dan berjimat cermat terutamanya ketika menghadapi detik sukar ini.
“Jika anda dapat mana-mana duit dari I-sinar atau mana-mana KWSP, simpan berjimat untuk keperluan makan minum. Covid ni kita tak pasti berakhirnya bila,” jelasnya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Rozita menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, Rumah Hutan merupakan servis hospitaliti berkonsepkan spa resort yang terletak di Batang Kali, Selangor.
Sumber: Instagram Bonda Rozita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulai Berpantang, Tasha Manshahar Akui Bersalin Ibarat Uji Kebergantungan & Kekuatan Hubungan Dengan Allah

Bekas penyanyi, Tasha Manshahar kini dalam proses berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung pada Jumaat lalu.
Malah, Tasha yang popular dengan lagu Be Mine itu menyifatkan kelahiran anak sulung adalah sebagai anugerah yang tidak ternilai.
“Betul kata kaklong @kai_armd , bersalin ni (tak kira apa cara, dekat mana, bila) betul-betul untuk menguji kebergantungan dan kekuatan hubungan kita dengan Allah.
“Sesungguhnya dengan keterbatasan kemampuan dan pengetahuan kita ni, memang hanya Allah lah sebaik-baik perancang. Sekarang baru saya faham kenapa Allah sangat muliakan para ibu. Terima kasih Allah untuk kebahagiaan ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tasha juga mahukan rehat yang secukupnya kerana ini merupakan pengalaman pertamanya bergelar seorang ibu.
“I’m in the process of recovering. Really need some time to rest and heal. Nanti bila saya dah sihat sikit, inshaAllah saya akan share pengalaman saya, moga-moga beri manfaat kepada first-time mommies.
“Expect slow updates but keep yourselves updated ya. Cuma buat masa ni, advice saya adalah teruskan berdoa apa yang kalian inginkan, tapi jangan lupa untuk minta supaya Allah sediakan apa yang terbaik disisiNya, sesuai dengan kesanggupan dan keadaan diri kita.
“Jadi inshaAllah, kalau berlaku perkara selain daripada apa yang kita harapkan, kita berlapang hati dan terima dengan tenang. Kerana yang terbaik itu hanya disediakan untuk orang-orang yang sentiasa bersyukur . Love, Mommy (Laaaaa! 😂),” tulis Tasha lagi.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Tasha bagaimanapun belum lagi mendedahkan nama bayi lelaki mereka sehingga hari ini.
Terdahulu, Tasha dan Raqib Majib diijabkabulkan pada 8 September 2018 dalam sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Foto : Instagram Tasha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Makan Cili, Dia Rasa Pedas. Itulah Tujuan Kami,” – Aepul Roza Ulas Isu Lagu ‘FYP’

Drama Band mengakui lagu baharu mereka yang berjudul FYP dihasilkan khusus bagi menegur segelintir golongan penunggang agama dan penipu yang sanggup mengejar populariti demi ‘For You Page’ (FYP) di media sosial.
Vokalisnya kumpulan berkenaan yang juga komposer, Aepul Roza berkata, teguran secara berkias itu adalah wajar dan dia juga geram apabila maruah agama yang tinggi darjatnya dicemari dengan perkara yang tidak baik.
“Siapa makan cili, dia rasa pedas. Itulah tujuan kami (Drama Band) untuk hadir menegur dalam lagu, sekali gus mesejnya dapat sampai menerusi lirik ditulis dan muzik video dipaparkan secara terus kepada masyarakat.
“Kami tidak menyebut nama sesiapa pun, tetapi isu sosial sebegini memang wujud dalam kehidupan nyata masyarakat sekarang yang begitu terdedah dengan media sosial,” katanya.
Aepul berkata demikian di samping anggota kumpulan yang lain ditemui pada Majlis Sidang Media FYP Drama Band di Rusa Cafe, Puchong, baru-baru ini.
Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Muhd Zalaludin menambah, terdapat beberapa watak yang ingin difokuskan di dalam penghasilan muzik video FYP.
“Ada banyak golongan ‘pemain’ untuk FYP di media sosial sebenarnya, tetapi yang kita mahu fokuskan untuk muzik video lagu ini adalah watak penunggang agama dan juga penipu.
“Sekarang ramai sangat orang kejar populariti daripada FYP. Mereka sanggup gunakan apa saja cara, tak kisahlah ‘kotor’ sekalipun asalkan dapat FYP di media sosial seperti TikTok,” katanya lagi.
Lebih sebulan dilancarkan, muzik video FYP sudah mencatat hampir 400,000 tontonan di YouTube.
Selain Aepul, Drama Band dianggotai oleh Daus sebagai pemain gitar bass, Faeez Ikhwan (dram) Padel (gitar) Adib (gitar) dan Ome (keyboard).
FYP hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Aepul juga menjadi antara lagu dimuatkan dalam album sulung Drama Band berjudul Drama.
Ia mempunyai 21 lagu, termasuk yang dijual secara cakera padat (CD) sebanyak 3,000 unit selain di pelantar digital.
Lebih istimewa, Drama Band juga membuat pengumuman penganjuran Konsert The Hardest Malam Drama yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Oktober depan dengan harga tiket antara RM79 hingga RM179.
Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram Drama Band, pihaknya melakukan promosi potongan sebanyak 30 peratus bagi kesemua kategori tempat duduk tiket sehingga hari ini.
“Tawaran terhad! Diskaun 30 peratus untuk semua jenis tiket dari 25 hingga 27 September!,” tulis akaun terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Mahu Kelihatan Tenang…,” – Pilih Kebarung Moden & Bawa Bas, Aina Abdul Tampil Sederhana Demi Ibu

Penyanyi, Aina Abdul, memilih busana kebarung moden semasa sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, hari ini bagi menghormati permintaan ibu yang mahukannya tampil lebih sederhana,
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, mendapat sentuhan pereka fesyen Amazae memilih baju berwarna ‘gilver’ iaitu campuran warna emas dan silver untuk acara malam ini.
“Tahun ini ibu minta saya pakai baju lebih sopan dan sederhana. Saya mahu semuanya kelihatan tenang, tidak keterlaluan agar ramai orang sayang.
“Ibu tidak mahu saya dikecam hebat seperti tahun lepas kerana fesyen yang saya bawakan,” katanya.
Aina mengulas mengenai pemilihan pakaian yang dilihat berbeza dengan penampilannya yang sering dikaitkan dengan gelaran ‘Ratu Fesyen Pelik’.
Penyanyi Sumpah itu turut mencuri perhatian apabila tiba di perkarangan Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan menaiki sebuah bas persiaran yang tertera tarikh konsert Imaji.
“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk melakukan promosi konsert jelajah Imaji.
“Ada 30 orang peminat di dalam bas tadi yang saya bawa bersama hadir ke acara ini,” tambahnya.
Tercalon untuk kategori Penyanyi Wanita Popular malam ini, Aina bagaimanapun enggan terlalu memikirkan kemenangan.
“Soal memang atau tidak, itu saya tolak tepi.
“Apa yang penting, saya mahu bergembira dan berikan sokongan kepada penganjur majlis hari ini,” jelasnya.
Tahun lalu, Aina tiba di acara karpet merah dengan menaiki lori lutsinar dan memakai baju blazer ukuran besar berwarna merah selebar empat kaki.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI