“Saya Tak Berani Buka,”- Kes Covid-19 Meningkat Setiap Hari, Bonda Rozita Umum Tutup Rumah Hutan Sehingga…

Share

Berikutan kes baru Covid-19 yang semakin meningkat saban hari, usahawan, Bonda Rozita memutuskan untuk menghentikan operasi Rumah Hutan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali stabil.

Menurut Rozita, meski pun keadaan ekonomi ketika ini agak tidak menentu namum, dia tetap menyifatkan keputusannya itu adalah untuk kebaikkan bersama.

 “Makin banyak kes Covid 5725 (kes baru harian). Walau susah tak ada bisnes, saya tak berani buka rumah hutan. Biarlah bertahan sampai lepas vaksin datang,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri ini turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhemah dan berjimat cermat terutamanya ketika menghadapi detik sukar ini.

“Jika anda dapat mana-mana duit dari I-sinar atau mana-mana KWSP, simpan berjimat untuk keperluan makan minum. Covid ni kita tak pasti berakhirnya bila,” jelasnya lagi.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Rozita menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala.

Terdahulu, Rumah Hutan merupakan servis hospitaliti berkonsepkan spa resort yang terletak di Batang Kali, Selangor.

Sumber: Instagram Bonda Rozita

Published by
Aizam Manaf