“Kita tengoklah dulu keadaan bagaimana. Saya dan dia pun macam dah mula nak renggang. Saya nak betulkan keadaan dulu, nak pastikan betul-betul dulu… kemudian baru saya boleh cakap lanjut.”
Demikian kata aktor Azri Iskandar ketika ditanya mengenai fasa serius hubungannya bersama wanita yang dikenali sebagai Dr Azra.
Azri mengakui, mereka sudah lebih setahun tidak bertemu namun masih meluahkan rasa rindu dan masih berhubung sesekali.
“Saya tak bergaduh dengan dia, baik dengan dia. Cuma hubungan itu jadi renggang sebab jarang dapat keluar berjumpa.
“Tapi saya sudah setahun lebih tak jumpa dia. Rasanya setakat ini ada empat kali kot keluar…dating dengan dia.
“Dia bukannya tak mahu berjumpa, cuma dia sibuk. Selalu buat ‘job’ dan sering berada di luar kawasan,” katanya.
Azri berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Kutukan Sembilan Setan di Petaling Jaya pada Selasa.
Dalam pada itu, Azri memberitahu bekas isterinya, Ellie Suriaty dan anak-anak pernah mencadangkannya agar dia mencari wanita lain.
“Anak-anak suruh cari orang lain. Nampaknya (Azra) seperti tak ikhlas. Apa salahnya tunjuk walau sekeping gambar untuk beritahu orang akan kewujudannya.
“Isunya sekarang orang ingat dia tak wujud, orang ingat dia dalam ‘otak’ saya sahaja. Dia ada (wujud). Dia memang ada.
“Ellie (bekas isteri) sampai sekarang suruh saya cari orang lain (sebagai pasangan).
“Sebelum ini, saya ada keluar dengan wanita lain juga dan yang mendapat sokongan daripada anak-anak saya. Kata mereka, kalau yang macam itu, okay,” katanya lagi.
Azra digambarkan sebagai wanita berusia 44 tahun yang memiliki Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang muzik. Dia juga adalah penulis skrip dan kini mula berjinak dalam dunia lakonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI