Pelakon, Syarifah Sakinah mendedahkan bahawa rumah tangga yang dibina bersama juruterbang, Aliff Adha telah pun berakhir sejak Mei lalu.
Menurut laporan BH Online, Sakinah dan Aliff sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak bulan Mac yang lalu.
“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.
“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Ketika ditanya adakah punca penceraian ini disebabkan oleh orang ketiga, ini respon yang diberikan oleh adik kepada Sharifah Shahira itu;
“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.
“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itu sebaik-baiknya,” katanya lagi.
Ads
Sebelum ini, hangat diperkatakan di sosial media kononnya Aliff secara terbuka menggunakan ‘dating apps’ untuk bersosial di internet.
Oleh kerana itu, ramai pihak yang mula membuat spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan tersebut.
Ads
Terdahulu, Sakinah dan Alif telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 28 Mac 2018 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman ada memberikan responnya terhadap persoalan yang diajukan seorang individu mengenai apakah hukum mengganggu rumah tangga orang lain di sisi Islam.
Menurut PU Azman, hukum merosakkan rumah tangga orang lain adalah haram dan individu yang melakukan perkara tersebut hendaklah bermuhasabah diri terhadap perbuatannya itu.
Pelakon, Reen Rahim mengakui berasa amat bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat akrab meskipun dilahirkan dalam keadaan yang sederhana.
Jelas Reem, sejak dibangku sekolah lagi dia tidak pernah kisah mengenai status keluarganya itu kerana yang penting bagi dirinya adalah kebahagiaan yang dimiliki bersama mereka.
“I get it from my daddy. Family I sederhana je, tapi kitaorang best. Sumpah dari sekolah I tak pernah kesah baba hantar and amik I sekolah naik moto walaupon kadang baba penat baba comot. (actually baba i hendsome je hehe)
“I bangga dia datang. Orang lain mak bapak kaya-kaya mewah-mewah kereta datang amik anak-anak. Entah memang dari kecik i bangga gila kalau parents i datang walau pon naik ven tin biskut,” tulisnya.
Dalam pada itu, Reen turut menyeru kepada para remaja di luar sana untuk tidak mudah terpedaya dengan gaya hidup diluar kemampuan diri sendiri.
“Adik-adik jangan ikut sangat dunia tipu-tipu ni. Ukur baju badan sendiri, jangan pretend. Don’t fake acah-acah hot acah-acah class acah-acah kaye tapi NOTHING.
“Just be yourself, jangan selfish push mak ayah untuk dapatkan apa yang kawan-kawan you all dapat, usaha sendiri,” jelasnya lagi.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh pelakon drama, Keluarga Instafamous itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Reen turut memasang hajat untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat kedua ibu bapanya itu.
“Kalau parents kita , ALLAH SWT UJI MEREKA UTK HIDUP TAHAP TU JE.
Takpe, TANAM DALAM HATI,
one day aku akan bagi ape yang aku nak tu pada diorang, biar diorang yang bangga dengan kite.
“Sikit lagi, I nak jaga diorang macam mane diorang jaga i dulu, tak payah fikir kerja duit, semua siap, hantokan beramal je. Doa kan #reenrahimhygienewash success okay,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut besetuju selain turut mendoakan semoga segala urusan Reen dalam membahagiakan kedua ibu bapanya akan dipermudahkan.
“Samalah, abah datang ambil nak moto je. Kalau abah tak ambil balik jalan kaki. Tapi tu semua moment kita. Zaman sekolah memang lain sikit.
“Jagalah sayanglah ayah ibu u sentara masih ada. I suka tengok family you babe. I ayah dah takde mak je ada. InsyaAllah syurga tempat you babe.
“Arwah ayah saya datang sekolah time ambil report card je. Relax je naik basikal. Hari lain anak dia pergi sekolah naik bas.
“Bila baca caption Reen tak heran la Reem seorang yang humble dan friendly kalau jumpa dia,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah sekian lama berteka-teki, pelakon Scha Elinnea akhirnya mendedahkan hubungannya bersama aktor, Jazmy Juma hanyalah sekadar teman biasa.
Menurut Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, segala kemesraan yang dipamer dalam media sosial hanyalah sekadar konten bagi mempromosikan drama lakonan mereka ‘Nuh & Nayla’.
“Di sini saya mahu menerangkan segala kekeliruan, saya dan Jazmy memang hanya sekadar kawan sahaja. Selagi belum habis projek drama kami, saya tak boleh nak dedahkan apa-apa.
“Kini, drama kami pun sudah tamat. Hubungan kami kekal profesional sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, sebagai tunjang utama sesebuah drama, mereka juga mempunyai peranan dalam memastikan projek tersebut berjaya dan mendapat sambutan ramai.
“Pada saya, itu bukan gimik. Apa yang kami lakukan hanyalah disebabkan tuntutan kerja. Nak kata selesa atau tidak bila dikaitkan hal seperti ini, saya okay sahaja kerana ia urusan kerja semata.
“Saya rasa, orang di luar pun sudah tahu tugas saya untuk menaikkan sesebuah projek drama. Saya pun nak orang menonton drama ‘Nuh & Nayla’.
“Apapun, niat saya baik dan saya mahu menaikkan drama lakonan saya sendiri,” ujarnya lagi.
Jelas Scha lagi, dia juga tidak mahu terlibat dengan sebarang hal percintaan di set lokasi penggambaran.
“Pada saya, cara saya ini telah berjaya menarik hati para penonton dan membuatkan mereka percaya dengan konten-konten yang saya hasilkan di media sosial.
“Namun, saya hanya menjadi profesional. Saya tidak mahu bercinta di set penggambaran. Saya tak nak cerita-cerita yang tidak baik mengganggu urusan kerja saya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Scha turut mengakui dirinya kini punyai hati yang perlu dijaga dan dalam proses mengenali seseorang.
“Susah saya nak jawab tapi ada hati yang perlu saya jaga. Saya masih single tapi ‘not available’. Saya kini sedang mengenali hati budi seseorang.
“Siapakah orangnya, saya tak boleh bagitahu lagi. Kami baru sahaja berkenalan dan setakat ini dia faham dengan cara kerja saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!