“Saya Tak Buat Apa-Apa Dekat Ezad,” – Bibir Ezad Lazim Membengkak, Isteri Berkejar Dapatkan Rawatan Tengah Malam

Share

Penyanyi Ezad Lazim terpaksa dikejarkan ke klinik berhampiran selepas mengalami bengkak di bibirnya tidak surut selepas beberapa hari.

Menjawab persoalan dan seloroh netizen yang mengusik perubahan di bibir vokalis kumpulan Exists itu, jelas Zeana di laman Instagram miliknya, dia bukan punca kepada bibir ‘sexy’ itu terjadi, sebaliknya kerana alergik.

“Gara gara bibir seksi #ezadlazim kena jg cari klinik mlm2 ni,” kongsinya.

Menjengah ke laman Instagram milik Ezad, netizen ada memberi komen seloroh, mengatakan bibirnya seolah-olah bengkak gara-gara melakukan suntikan botox.

Foto : Instagram Zeana Ramli & Ezad Lazim

Published by
Noraini Abd Wahab