“Saya Tak Hisap Dadahlah Awak, Apakan Pula Party Ronggeng Merata…” – Tunku Hanis

Share

Pelakon, Tunku Hanis ada memuat naik posting berkenaan soal kehidupan sebagai anak seni.

Entri tersebut dimuat naik pelakon berkenaan di Instagram, awal hari ini, seiring dengan tamatnya drama Leftenan Zana selamam.

“Syurga itu bukan percuma sayang. Sayang korang yang menyokong saya & yang tak sokong saya lagi sayang. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian & perlindungan Allah bersama saya. Haha!

“Lagi satu, saya tak hisap dadah lah awak, Saya sibuk baru nak pacak tiang nak bina empayar, yang halal bukan mudah awak,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang tinggi lampai ini turut memberitahu dia berada dalam industri dengan bergerak sendiri dan tidak menumpang sesiapa.

“Saya gerak sendiri, saya tak guna kabel wayar ke apa, saya tak tumpang siapa-siapa, saya tak sembah kaki siapa-siapa. Lakonan minat saya tapi ada bidang lain menjadi cita-cita saya. Doakanlah! Mana tau masin mulut semua. Aamin! Bye!,” kongsinya panjang lebar.

Foto: Instagram Tunku Hanis

Published by
MH