“Saya Tak Kacau Pun Hidup Dia, Jadi Dia Tak Perlu Kacau Saya,” – Respon Aliff Syukri Pada Ezuwan Ismail, Lala Raya Kekal Trending Nombor 1!

Share

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri membidas tindakan pereka fesyen, Ezuwan Ismail yang membuat hantaran berbaur sindiran terhadap dirinya di Instagram, baru-baru ini.

Aliff Syukri pada masa sama menyifatkan ia sebagai kurang manis selain terkejut kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pereka fesyen itu sebelum ini.

Jelasnya lagi, dia merakam lagu bukan untuk bersaing dengan sesiapa.

“Sejujurnya, saya sudah lama tidak tempah baju dengan dia. Saya tak kacau pun hidup dia, jadi dia tak perlu kacau saya. Kalau tak suka, cakap baik-baik atau mesej.

“Kurang manis tindakannya itu. Saya terkejut dan mesej dia di Instagram (DM) tanya apa masalah dia dengan saya.

“Bagi saya, apabila bercakap mengenai muzik dan menjadi nombor satu, ia bukan lagi soal suara sedap atau tidak, tapi ia mengenai ‘trending’.

“Saya tak bayar pun YouTube. Saya buat lagu bukan nak bersaing dengan sesiapa. Jadi, pada akhirnya saya berasa buat baik pun orang suka. Tak perlu nak buat kontroversi,” katanya.

Sementara itu, lagu rayanya, Lala Raya masih menduduki carta ‘trending’ teratas di YouTube, dengn tontonan lebih 1.2 juta setakat ini.

Kata Aliff, dia merakamkan lagu itu sekadar suka-suka bagaimanapun bersyukur Lala Raya mendapat tempat di hati pendengar.

“Saya bersyukur sebab penat jerih akhirnya memberi hasil walaupun tak ada kontroversi. Pada awalnya suka-suka saja. Saya rakamkan lagu ini pun bukan untuk tujuan tular dan nombor satu.

“Saya pun tidak mendapat sokongan TV dan radio. Saya hanya di pinggiran. Jadi, apabila nombor satu, alhamdulillah.

“Awalnya sedih juga, sebab dari awal lagi orang sudah pertikaikan dan tetap cakap saya buat pemasaran.

“Saya buat lagu ini saya ‘acah’ menjadi artis. Tapi ‘trending’ lah juga. Saya buat untuk kepuasan peribadi. Walaupun TV dan radio tak mainkan lagu ini, tidak mengapa.

“Saya tak tahu apa kurang saya. Artis baru pun jumlah tontonan ratus ribu saja, tapi masih mendapat sokongan,” katanya lagi.

Video muzik lagu ciptaan Amy Ukays dan lirik oleh Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang dimuat naik sejak 3 Mei lalu.

Published by
MH