Pasangan selebriti dan usahawan, Aeril Zafriel dan Wawa Zainal mengakui mereka saling menyokong di antara satu sama lain bukan sahaja dalam soal kerjaya, tetapi juga saat menantikan kehadiran ahli keluarga baru.
Malah Aeril turut akui setia menemani isteri setiap kali menyambut cahaya mata.
“Saya memang akan berada di bilik pembedahan temani isteri saat bersalin,” jelas Aeril.
“Sebab itu saya tak bagi dia shooting. Saya cakap dengan dia, saya tak kan beranak kalau dia tak ada di sisi. Mestilah nak dia teman,” seloroh Wawa pula.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaannya saat mengandungkan anak ketiga yang sudah pun dilahirkan pada 1 Disember lalu, Wawa menjelaskan dia bersyukur kerana diberikan kekuatan sepanjang kehamilan.
“Kandungan anak ketiga ni alhamdulillah. Saya dikuniakan kudrat yang kuat. Meski saya sudah sarat sebelum ini, akan tetapi saya masih mampu untuk bekerja, boleh ke sana ke sini.
“Malah saya pun terkejut dengan kekuatan yang ada. Mungkin disebabkan oleh semangat yang diberikan orang sekeliling membuatkan semunya berjalan dengan baik,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Wawa Zainal telah pun selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan.
Anak ketiga pasangan itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2013 dan turut mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Foto: Instagram Wawa Zainal