Pempengaruh terkenal, Ameera Khan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi melibatkan dirinya yang menghadiri sebuah acara anjuran jenama beg tangan mewah antarabangsa baru-baru ini sehingga menjadi isu.

Menurut Ameera, dia tidak kisah dengan apa sahaja tanggapan netizen mengenai apa yang dikongsikannya di media sosial.

“Saya Tak Kisah Apa Yang Anda Fikirkan,” – Ameera Khan Enggan Ulas

“Saya tidak mahu mengulas apa-apa. Apa-apa yang anda lihat di Instagram saya itu adalah apa yang saya ingin tunjukkan.

“Apa sahaja yang anda ingin ambil daripada posting tersebut, terpulang. Fikirlah apa yang anda nak fikir. Saya hanya berkongsi. Saya tak kisah apa yang anda fikirkan,” katanya kepada MH.

Ads

Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa itu berkata sedemikian ketika ditemui majlis perlancaran produk Nealofar X Disney yang berlangsung di IOI Putrajaya pada Khamis.

“Saya Tak Kisah Apa Yang Anda Fikirkan,” – Ameera Khan Enggan Ulas

Lantaran itu, dia berharap agar semua pihak faham mengenai situasinya ketika ini.

Ads

“Tidak ada banyak yang boleh diperkatakan. Itu sahaja buat masa sekarang. Saya minta maaf,” ulasnya lagi.

Terdahulu, nama Ameera menjadi perhatian ramai setelah dikecam ekoran memuat naik foto sedang memegang tiket dengan kapsyen meletakkan pertaruhan.

Ads

Sementara itu, ibu kepada Ameera, Datin Noor Kartini Mohamed merasakan dakwaan tersebut melampau sehingga dia terpaksa bersuara di media sosial.

“Kita kena faham, tempat event dan perjudian itu berbeza. Apa yang Ameera bawa ketika itu adalah sebuah bag tangan bagi jenama program berkenaan yang diadakan di tempat lumba kuda.

“Ameera kena tahu sejarah disebalik jenama tersebut. Ada kalanya saya rasa geram juga. Mereka ini tak faham sejarah dan jenama bagi dunia fesyen,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI