Finalis Hero Dewi Remaja 2023, Arabella berharap agar semua dapat memberikan ruang buat dirinya untuk menonjolkan bakat sendiri sepanjang pertandingan berjalan.
Malah, Arabella atau nama sebenarnya Arabella Ellen John Robert Nelson tidak mahu disamakan dengan pelakon yang juga alumni Dewi Remaja, Anna Jobling.
Ia susulan keduanya mempunyai persamaan kerana mempunyai darah campuran sama iaitu Melayu-Inggeris.
Jelas finalis berusia 18 tahun itu, dia lebih selesa semua pihak mengenalinya kerana menjadi diri sendiri daripada dibandingkan dengan orang lain.
“Memang ramai orang yang samakan kami. Saya tak mahu orang gelarkan saya sebagai Anna Jobling 2.0. Saya mahu dikenali sebagai Arabella.
“Saya berharap agar perkara seperti ini dapat dihentikan. Saya ada karakter, aura dan bakat tersendiri. Itu yang saya ingin tunjukkan kepada orang ramai.
“Ada kalanya saya memang ada rasa rimas sebab kerap sangat orang cakap begitu dekat saya,” katanya kepada MH.
Arabella yang juga bekas atlet gimnastik itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Ads
Bagaimanapun, dia tetap kagumi pencapaian yang telah diraih Anna setakat ini dan mahu menjadikan pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu sebagai contoh.
“Jangan salah tafsir dengan kenyataan saya. Saya juga sukakan Anna. Dia merupakan alumni Dewi Remaja dan kerjaya lakonannya pula sangat baik.
“Saya memang mahu mengikut jejak langkah Anna tapi saya masih mahu dikenali sebab diri saya sendiri dan bukan orang lain,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, dia bakal memanfaatkan kelebihan dan mentalitinya sebagai bekas atlet negara untuk bersaing dengan 15 finalis lain.
“Sasaran saya adalah untuk bergelar juara. Siapa sahaja yang tak nak menang? Walaupun saya merupakan peserta paling muda dan ada peserta lain yang lebih berbakat tapi saya ada kekuatan untuk bersaing.
“Saya sentiasa berikan perhatian kepada setiap seorang peserta. Sebagai bekas atlet, saya ada mentaliti yang sangat kuat. Ia bagus untuk program seperti ini.
“Semangat itu saya akan bawa sepanjang program ini berlangsung. Saya tak sabar untuk melakukan tugasan pada setiap minggu,” katanya lagi.
Sementara itu, anak jati Selangor ini juga mendedahkan dirinya sudah mempersiapkan diri dan mental untuk berhadapan dengan segala cabaran sebagai anak seni.
Ads
“Saya sudah bersedia sekiranya kehidupansaya berubah dan menjadi perhatian orang ramai. Kecaman juga merupakan perkara biasa buat mereka yang ingin menceburi bidang seni.
“Kalau saya dikecam kerana buat silap, saya sentiasa bersedia untuk memohon maaf. Sekiranya ia merupakan perkara yang tidak benar, saya akan abaikan sahaja.
“Saya tidak mahu sesuatu isu menggangu kehidupan dan membuatkan saya tertekan. Saya akan cuba atasi setiap permasalahan yang datang kepada saya,” akhirnya.
Rakaman program ini akan bersiaran selama tujuh episod setiap Jumaat bermula 10 November ini jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.
Manakala episod kemuncak minggu ke-8 pula bakal bersiaran secara langsung pada 30 Disember depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh, Sabariah Arshad meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 11.54 malam.
Memetik Gempak, wakil keluarga Ali Puteh berkata, Allahyarham dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa lalu kerana serangan asma.
Allahyarham juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Ali dan adik lelakinya sedang menuju ke hospital untuk urusan membawa jenazah pulang ke rumah, manakala kakak dan isteri Ali tinggal di rumah untuk menguruskan apa yang patut.
“Urusan lain seperti memandikan jenazah dan pengebumian belum diketahui infonya,” kata wakil tersebut.
Terdahulu, Allahyarham pada Disember tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Ali menerusi hantaran terkini di Instagram turut memaklumkan mengenai perkhabaran tersebut selain meminta ramai mendoakan arwah ibu tercinta.
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arsyad memaklumkan dirinya telah selamat menjalani pembedahan selepas diserang Apendiks pada Isnin.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian terkini di ruangan Instagram stories sebentar tadi, Uyaina memberitahu, dia kini masih lagi dirawat di hospital selepas doktor mengenalpasti terdapat keradangan di bahagian rahimnya.
Katanya lagi, dia kini terpaksa menggunakan ‘painkiller’ bagi mengurangkan rasa sakit yang dialaminya ketika ini.
“Assalamualaikum semua. Appendix saya telah pun berjaya dikeluarkan. Tetapi malangnya terdapat keradangan disekitar dinding rahim.
“Saya masih lagi dirawat di hospital dan bergantung kepada ubat tahan sakit,” tulisnya.
Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran ini telah dinasihatkan untuk tidak terlalu bergantung harap kepada ‘painkiller’ kerana kesan sampingannya akan membahayakan bayi di dalam kandungannya.
Lantaran, Uyaina diminta untuk bertahan dan melawan rasa sakit yang dirasainya itu.
“Tapi doktor pun tak boleh nak bagi ubat tahan sakit setiap waktu sebab bahaya untuk baby.
“Buat masa sekarang, saya terpaksa menahan dan berjuang melawan rasa sakit. Mohon doakan untuk saya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pengacara, program Wanita Hari Ini memohon agar semua pihak dapat mendoakan semoga dirinya dan kandungan akan sentiasa berasa dalam keadaan baik.
Sebelum ini, Uyaina memaklumkan perut berasa amat sakit sehingga menyukarkannya untuk bergerak.
Terdahulu, Uyaina baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan cahaya mata sulungnya pada awal bulan lalu.
Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran telah mendirikan rumahtangga mereka pada tanggal 21 Disember 2021 dalam majlis yang berlangsung di Colony Star Boulevard, KLCC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengenai isu perhimpunan dan perarakan kaum LGBT yang berlaku di Putrajaya beberapa hari lepas, nyatanya ia masih lagi menjadi perbualan.
Terbaru, pelakon Zarina Anjoulie juga turut telah memberikan pendapat mengenai isu tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Issue LGBT ramai yg nk hidup macam kat negara Barat Tapi diorang tau yg best je yg buruk korang tak tau . I’ve travelled to so many country before but trust me when I say our country is the best. Korang patut chill je tak yah nk over” tulisnya.