Penyanyi, Wani Kayrie akui agak ragu-ragu bila pertama kali ditawarkan untuk membawakan lagu Berakhirlah Pencarianku bersama Ahmad Syafiq bagi menggantikan penyanyi asal, Ernie Zakri dan Hafiz Suip di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37).
Bagaimanapun, Wani menyifatkan peluang ini sebagai platform terbaik bagi menguji kemampuannya dan Syafiq untuk menyanyi di pentas besar.
“Saya tahu mengenai perkara ini minggu lepas dan Syafiq pula, sehari sebelum pengumuman SFMM37. Ini perbincangan diantara label rakaman Nova Music dan Rocketfuel.
“Keputusan telah seratus peratus dipersetujui oleh pihak mereka dan komposer. Mulanya, saya ragu-ragu untuk menerima tawaran ini kerana ini lagu yang sangat berat. Reputasi penyanyi asal juga amat besar.
“Namun, kami melihat peluang ini dari sudut yang baik. Ia merupakan satu kepercayaan dan tanggungjawab buat kami,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ahmad Syafiq pula mendedahkan ada beberapa perkara yang bermain difikirannya sebelum memutuskan untuk menerima tawaran ini.
Ads
“Bila tahu yang saya harus menggantikan Hafiz Suip, saya ada terfikir juga macam mana kalau saya gagal untuk membawakan lagu ini nanti. Sudah tentu saya kena mengadap kecaman daripada peminat lagu ini.
“Namun, bila sudah berbincang dengan keluarga dan syarikat rakaman, lama kelamaan saya fikir ini merupakan platform yang sangat besar. Jadi, saya terima. Kalau bukan sekarang, bila lagi,” kongsinya.
Sementara itu, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah memberitahu, dia dan Syafiq akan bertemu dengan Ernie dan Hafiz bagi mendapatkan nasihat berkaitan lagu Berakhirlah Pencarianku.
Ads
“Kita ada masa dua minggu sebelum SFMM37. Ini pun kali pertama saya dan Syafiq berjumpa. InsyaAllah selepas ini mungkin kami akan berjumpa dengan Ernie Zakri dan Hafiz Suip untuk dapatkan nasihat.
“Ini juga kali pertama kami menjejakkan kaki di pentas SFMM37. Kami amat memerlukan nasihat mereka. Kita akan buat konsep yang agak minimal tetapi tetap berikan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Wani tidak mahu terlalu selesa apabila pencipta lagu ini, Ikhwan Fatanna menganggap dia dan Syafiq mempunyai kualiti vokal yang tidak jauh beza dengan penyanyi asal.
Ads
“Saya boleh katakan vokal range saya lebih kurang sahaja. Saya pernah berguru dengan Ernie Zakri walaupun sekejap. Dia juga tahu range vokal saya macam mana.
“Keboleh Ernie adalah dari segi ‘head voice’ yang bagus dan suara saya pula besar tetapi strong juga. Saya kena tambah teknik untuk melembutkan suara saya bagi lagu ini.
“Saya tak nak merosakkan lagu orang. Namun, saya juga tak mahu jadi Ernie Zakrie nombor dua. Ada perkara yang harus saya seimbangkan. Itu antara cabarannya,” akhirinya.
Terdahulu, SFMM37 bakal berlangsung selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 November ini, jam 3 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
”Yes!,”. Demikian jawapan ringkas adik kepada Neelofa, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) apabila ada individu bertanyakan soalan mengenai statusnya kini.
Persoalan tersebut diajukan seorang individu menerusi ruangan komen gambar di Instagram Ameera.
“Ada orang beritahu saya yang kamu sudah berkahwin di London?” tanya individu berkenaan.
Lantas, Ameera telah memberikan respon terhadap komen tersebut.
“Yes”, balasnya ringkas.
Bagaimanapun, Ameera tidak memberikan sebarang kenyataan kukuh berhubung dakwaan statusnya kini dengan seorang jejaka dikenali sebagai Idzham itu.
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengumumkan yang dirinya kini hamil empat bulan bersempena dengan keberkatan malam Nuzul Quran.
Berita gembira itu dimaklumkan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Penyanyi lagu Parah Parah itu berkata, dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
“InsyaAllah, saya dijangka bersalin Oktober depan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik. Majlis hari ini saya undang rakan media, klien serta sahabat terdekat untuk berkongsi berita gembira ini.
“Bukan tidak mahu dedahkan pada peringkat awalnya, tetapi saya dan suami sepakat untuk beritahu ketika usia kandungan memasuki bulan keempat.
“Terima kasih buat semua yang memahami. Semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah” katanya.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hati bagaikan berbunga-bunga apabila kehadirnya buah hati, Dini Azan Schatzmann dalam hidup pelakon Janna Nick.
Mengabadikan momen indah bersama menerusi video di Instagram, Janna akui jejaka berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu banyak mengubah hidupnya.
“TO MANY MORE “I LOVE YOU”
“Thanks 2019 ! Tahun yang paling banyak ubah aku.
“Yes I’ve changed a lot! Sekasar-kasar, sejantan-jantan perempuan dah more feminine, manja teruk…tapi dengan @dinischatzmann je lah,” tulisnya.
Malah, pelakon berusia 24 tahun itu juga akui selesa menjalinkan hubungan dengan jejaka berusia 25 tahun itu sejak Jun 2019.
“Dengan orang lain aku masih jantan, (GELAK MASIH KUAT). Dia lah orang yang paling banyak tolerate, paling banyak sabar, paling lembut, paling positive DAN Yang paling “baby”.
“Untuk lelaki kat luar sana, jangan ingat perempuan kasar Tu x reti respect partner.
“Kalau lembut layanan korang, maka lembut la dia. Tag GF/Wife yang dulu kasar/tomboy sekarang dah lembut (untuk yang nampak perubahan saya, Dan mungkin ada yang tak suka..bagi saya masa dan ruang untuk diri saya…),” akhinya.