Pelakon, model dan pempengaruh media sosial, Farah Mendoza tidak menafikan pernah menjalani prosedur kecantikan pada bahagian wajah dan tidak mahu hipokrit terhadap pengikutnya di media sosial.

Farah yang sinonim disapa FM berkata, dia memilih untuk bersikap terbuka terutamanya di dalam hal yang berkaitan dengan kecantikan.

“Saya tak mahu jadi ‘fake’. Saya selesa jadi diri sendiri. Apa yang saya lakukan, saya senang untuk berkongsi dengan pengikut di media sosial.

“Kalau ada yang kata saya ‘buat hidung’ misalnya. Biarlah saya punya duit. Memang saya buat hidung (Rhinoplasty), bibir apa semua.

“Lagi pula saya memang seorang yang suka berkongsi. Kalau orang tanya saya akan cakap benda yang betul. Lebih bersikap terbuka untuk berbuat demikian.

“Saya beginilah… Kalau tak suka, saya akan cakap tak suka dan begitu juga sebaliknya,” katanya kepada MH.

Ads

Farah berkata demikian ketika ditemui di majlis A Night With Rozita Che Wan, di Glam Hall Damansara, pada Jumaat.

Sebagai wanita bekerjaya yang sering bertemu dengan ramai orang, Farah tidak menafikan penampilan meyakinkan menjadi keutamaan.

“Saya tak dapat nak anggarkan berapa kos rawatan kosmetik yang saya lakukan, cuma itulah kita sentiasa rasa nak cantik. Yang pasti setiap bulan saya memang sediakan peruntukan untuk penjagaan diri.

Ads

“Bagi saya kecantikan itu penting. Kita cantik bukanlah untuk nak dapatkan perhatian lelaki tapi adalah untuk kepuasan diri. Setelah kita penat berkerja, apa salahnya untuk kita manjakan diri sendiri pula.

“Tak kisahlah orang kata kalau dulu lain, ini memang diri saya,” katanya yang turut mengaku pernah melakukan rawatan mengecilkan rahang juga.

Dalam pada itu, Farah menjelaskan diri masih lagi aktif dalam dunia lakonan, namun lebih selektif susulan komitmennya terhadap perniagaan losyen pencerah yang diusahakan.

“Saya masih lagi berlakon sebenarnya. Kadang-kadang kalau rasa rindu nak berlakon barulah saya ambil tawaran. Tak adalah saya berhenti terus, cuma sekarang fokus itu lebih kepada bisnes produk sendiri, Awas.

Ads

“Malah saya baru sahaja selesai jalani penggambaran drama berjudul Topeng. Setakat ini mana tawaran yang saya rasa mampu untuk beri komitmen saya akan terima.

“Selebihnya saya ambil tawaran untuk buat riviu promosi di media sosial,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI