Usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut susulan isu yang mendakwa kakaknya, Noor Nabila yang didakwa tidak lagi bersama.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata dia menghormati privasi kakaknya dan tidak mahu memberikan komen yang boleh mengeruhkan keadaan.
“Saya tak mahu komen apa-apa. Lebih baik saya tidak komen. Lebih baik saya mendoakan saja.
“Sudah tentu sebagai ahli keluarga dan juga adik beradik, saya mendoakan yang terbaik. Jadi saya tak mahu komen apa-apa,” katanya.
Neelofa menjawab pertanyaan media mengenai khabar angin tersebut ketika ditemui di pelancaran koleksi Warisan di butik Naelofar di KL East Mall, di sini, pada Selasa.
Terdahulu, media melaporkan rumah tangga Noor Nabila dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin didakwa retak menanti belah.
Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.
Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI