Penyanyi Black Hanifah, yang juga duta Kedah Darul Aman (KDA) FC, optimis pasukan itu akan dapat terus bersaing dalam Liga Super musim hadapan.
Meskipun terdapat khabar angin mengenai kemungkinan pembubaran kelab, Black bagaimanapun menegaskan, segala keputusan masih dalam perbincangan dan tiada pengumuman rasmi dibuat.
“KDA belum dibubarkan lagi. Saya ada menerima maklumat yang segalanya masih di dalam perbincangan.
“Belum ada sebarang kenyataan yang mengesahkan KDA akan bubar,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Nova Music, 17 Eleven, dan Future Music Entertainment di Glam Hall, Damansara Perdana.
Sedia Bantu KDA FC Bangkit Semula
Sebagai duta, Black memikul tanggungjawab untuk mempromosikan kelab serta menarik lebih ramai penyokong ke stadium.
Ads
Mengulas tentang keputusannya untuk bekerjasama dengan KDA FC, Black menjelaskan niatnya adalah untuk membantu, bukan sekadar menumpang kejayaan.
“Saya tidak mahu menerima tawaran ini ketika Kedah berada di atas sebab saya ingin membantu Kedah dikala mereka di dalam keadaan yang bermasalah.
“Kalau saya terima tawaran ketika mereka sukses, orang akan kata saya ingin menumpang populariti Kedah.
“Jadi, saya mahu bersama dengan Kedah untuk naik semula. Kita tunjukkan kepada orang di luar sana yang kita boleh bangkit,” ujarnya.
Ads
Sebagai anak jati Kedah, Black juga turut berasa terpanggil untuk menyumbang kepada negeri kelahirannya.
“Kampung saya di Kupang, Baling, Kedah. Saya memang punyai darah Kedah. Memang patut saya kembali dan berbakti buat Kedah terutamanya dalam kancah bola sepak,” katanya lagi.
Tolak Dakwaan
Black pada masa sama turut menafikan dakwaan bahawa penglibatannya dengan KDA FC berkaitan dengan sebarang agenda politik.
Ads
Menurutnya, dia hanya mahu menggunakan pengaruh sebagai selebriti untuk membantu kelab mendapatkan sokongan yang lebih besar.
“Tidaklah. Saya hanya gunakan pengaruh saya sebagai selebriti. Sebelum ini, kita menyasarkan untuk mempromosikan penjualan kad keahlian The Wing dalam kalangan penyokong sebanyak 20,000.
“Tak sampai dua minggu, kita sudah capai sasaran tersebut. Satu penyertaan bernilai RM10. Kini, kita sasarkan lebih ramai penyertaan daripada peminat Kedah,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Black baru sahaja melancarkan lagu raya terbaharu yang berjudul Syawal Rindu yang juga duet bersama penyanyi terkenal, Adira Suhaimi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Untuk lagu ini, saya tak rancang apa pun, takdir Allah SWT membawa saya ke sini. Itulah ayat yang gambarkan perasaan saya.”
Demikian kata penyanyi, Datin Alyah yang bersyukur selepas lagu Thank You Allah yang turut menampilkan Cat Farish dan PU Riz memenangi kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM) malam tadi.
Alyah, 41, berkata, Thank You Allah pada awalnya dihasilkan secara spontan ketika dia mengerjakan umrah pada tahun 2019.
“Melodi pada bahagian chorus lagu tersebut saya dapat ilham ketika saya mengerjakan umrah tiga tahun lalu. Jadi bila saya pulang, kita semua kena ‘kurung’ (perintah kawalan pergerakan susulan pandemik Covid-19).
“Ketika itu kita semua tahu ramai yang terkesan misalnya ada yang kehilangan pekerjaan, stress, kes bunuh diri dan sebagainya. Namun ketika itu saya dapat tawaran daripada satu jenama kecantikan yang agak baik untuk menjadi duta.
“Pada saat ramai yang berada dalam tekanan, saya terima rezeki dariNya. Jadi daripada situlah tercetusnya ilham menghasilkan Thank You Allah. Saya duduk… berfikir sambil ucap terima kasih kepadaNya atas rezeki yang dilimpahkan.
“Tiba-tiba teringat melodi yang saya masih lagi simpan dalam telefon ketika itu, kemudian menghubungi komposer untuk menghasilkan sebuah lagu, alhamdulillah,” katanya.
Ditanya mengenai kedudukannya yang bersaing dengan penyanyi nasyid sedia ada, isteri pemuzik Datuk Ramli Ms ini menyifatkan kemenangan sesuatu yang tak terjangka.
“Saya berbesar hati sebenarnya apabila berada di dalam kategori tersebut di samping rakan penyanyi lain yang sudah sedia dikenali menerusi genre nasyid.
“Bila diumumkan menang, saya tidak terfikir apa-apa pun. Memang tidak sangka, tiap lagu yang bertanding pun hebat belaka. Apa pun, saya anggap ini rezeki untuk semua pihak yang terlibat di sebalik lagu ini,” katanya.
Terdahulu, Alyah menerima trofi AIM pertamanya pada tahun 2014 di dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sesal Separuh Nyawa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak, Man Raja Lawak berkongsi sepotong video di laman Instagram miliknya menyatakan inilah rutin setiap pagi sebelum si isteri pergi ke kerja.
Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim dilihat menyolek wajah suri hatinya dengan penuh kasih sayang sambil kedua-duanya berbicara isu kehidupan.
Jelasnya, dia belajar teknik solekan daripada jurusolek terkenal dan diaplikasikan buat isteri tercinta.
“Assalam JUMAAT yg barokah kengkawan…sowy ar bideo terbalik..ini jer ade..rutin setiap pagiku..cantik kan isteri sebelum gi keje..ok ar tu belajar sikit2 dlu ngan sifu @epie_temerloh bukan tuk owg lain..tuk isteri tercinta dunia akhirat syg sampai kiamat..10 minit jer pun,” kongsinya.
Terharu dengan perkongsiannya, netizen memberikan reaksi.
Sekadar makluman, Man dan isteri, Azlina binti Awalludin berkahwin pada 28hb dec 2003 dan dikurniakan dua anak, Putri Nurdarina, 15 dan Abdul Danish,13.
Foto : Instagram Man Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti yang kita semua tahu, kerajaan ketika ini sedang giat berusaha memulihkan semula sektor ekonomi negara pasca pandemik Covid-19.
Lalu, kesemua sektor ekonomi sudah pun mula beroperasi secara berperingkat setelah hampir beberapa bulan begerak secara perlahan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bakal meneruskan lagi kempen Beli Barangan Malaysia bagi tahun 2021.
Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah pun banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Kemunculan Covid-19 seharusnya membuka mata semua pihak di negara ini untuk mengutamakan produk tempatan.
Memasuki dekad baru ini, pengguna juga perlu membuang ego dan mengikis persepsi bahawa produk import lebih baik daripada barangan tempatan.
Barangan tempatan kini merangkumi pelbagai jenis produk daripada makanan, pakaian, barangan elektrik, hasil kraf tangan dan banyak lagi.
Tahukah anda, kebanyakan produk ini telah pun mematuhi standard atau piawaian SIRIM sebagai bukti produk mereka sememangnya bermutu tinggi.
Dengan menunjukkan sokongan terhadap barangan tempatan, kita secara tidak langsung dapat membantu para perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Jadi jom sama-sama meriahkan Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia yang akan diadakan di Dataran Cenang, Pulau Langkawi pada 11 sehingga 14 November ini.
Karnival yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Rosol Bin Wahid dan khabarnya, pelbagai produk dan barangan Malaysia akan ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.
Malah, promosi besar-besaran juga akan jadi daya penarik buat semua yang mengunjung.
Lebih menarik, terdapat juga beberapa pameran dan demonstrasi bagi penghasilan produk-produk tempatan ini. Pendek kata, pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh cuba di sana selain daripada membeli belah.
Pelbagai peraduan istimewa yang boleh anda sertai. Siapa tahu andalah pemenang bertuah itu nanti.
Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan dan menerokai produk tempatan. Cintailah produk dan barangan tempatan. Kalau bukan kita, siapa lagi? Memang kenalah dengan slogannya, #BarangBaik, BarangKita.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!