Pelakon, Ummi Nazeera akui dirinya tidak mahir memasak dan masih dalam proses belajar.

Meski tidak begitu mahir, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah tidak malu untuk mengakui perkara tersebut bersama peminat.

“Tak ada lah baru start belajar, tetapi baru mula belajar resepi memasak lainnya sebab suami saya suka makanan yang sihat.

“Mungkin kerana dia doktor, jadi pastinya suami mahukan menu sihat untuk dijamah. Malah suami siap belikan buku resepi makanan sihat untuk saya.

Ads

“Lalu apabila suami makan masakan kita meski mungkin ia tidak berapa sedap, rasa seronok dan puas itu ada.

“Jadi secara tak langsung, ia membuatkan kita punya lebih semangat untuk memasak buat si dia,” katanya jujur.

Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini mengakui tak perlu rasa malu melainkan tiada rasa untuk mahu terus belajar.

Ads

“Saya tak malu kalau orang cakap saya tak pandai masak sebab kita perlu malu kalau kita tak mencuba. Saya tak malu sebab mencuba dan masih lagi belajar.

“Belajar itu adalah satu perkara yang baik. Jadi kenapa malu untuk belajar kan?,” jujur kata Ummi kepada MH.

Ads

Ummi berkata demikiancsejurus ditemui MH pada sidang media drama bersiri Suri Katriana yang berlangsung di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Drama bersiri tersebut turut dibintangi pelakon hebat seperti Nazim Othman, Ernie Zakri, Aishah Azman, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.

Suri Katriana bakal menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima & Prima HD.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI