Usahawan, Anas Zahrin mahu memanfaatkan segala harta yang telah dikurniakan kepadanya untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.
Menurut Anas, dia akan terus bekerja keras bagi merealisasikan impiannya itu.
View this post on Instagram
“Kalau orang tanya saya antara sebab kenapa saya ingin hidup senang, antara sebab kenapa saya ingin jadi muslim yang berjaya adalah ingin memberi manfaat kepada orang lain.
“Ingin membantu selagi daya, ingin memberi selagi mampu,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengusaha produk kosmetik ini turut memaklumkan dirinya tidak pernah mengharapkan balasan sebaliknya hanya mahu doa daripada orang ramai agar dia terus istiqomah untuk membantu lebih ramai orang.
“Saya tak minta banyak. Doakan agar segalanya dipermudahkan buat saya. Doakan saya kekal istiqomah untuk sebarkan kebaikan kepada semua, doakan agar hati saya terus kuat untuk berubah jadi baik.
“Saya bukan sesiapa pun, hanya orang biasa cuma semangat saya jadi luar biasa nak berjaya bila saya fokus untuk sebarkan manfaat,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Anas memaklumkan dirinya telah menyumbangkan wang tunai berjumlah RM70,000 buat Yayasan Misi Rakyat yang kini sedang giat mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak yang menghidap masalah penyakit kronik.
“70 ribu telah pun di transfer ke akaun Misi Rakyat dan more to come dari saya. Doakan saya mewah rezeki ya supaya lebih ramai lagi saya boleh bantu,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Anas terus dimurahkan rezeki.
“Semoga Anas dikurniakan rezeki yang berlipat kali ganda. Rezeki bisnes dan kesihatan yang baik.
“Semoga tuan kekal sihat, dilapangkan rezeki dan terus memberi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
“Tuan orang yang baik. Moga tuan sekeluarga dimewahkan rezeki. Semoga sentiasa dibawah rahmat-Nya.
“Kami terinspirasi. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan Anas dunia dan akhirat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, Misi Rakyat telah berjaya mengumpul dana berjumlah RM9 juta bagi membantu kos rawatan bayi Naail yang mengidap penyakit kronik Spinal Muscular Altrophy (SMA) Type 1.
Kini, fokus mereka pula beralih kepada bayi, Muhammad Athif Fahri yang berusia 15 bulan yang kini mengidap penyakit yang sama.
Selepas tiga hari dilancarkan, Misi Rakyat telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM1.7 juta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Anas Zahrin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI