Penyanyi Aepul Roza akui terpaksa memperlahankan komitmennya bersama kumpulan Drama Band bagi memberikan sepenuh tumpuan untuk bertanding di program The Hardest Singing Show (THSS).
Menurut Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd Zalaludin, program ini sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi selain turut mencabar kreativitinya untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu.
“Komitmen bersama Drama Band sedikit terganggu kerana komitmen bersama THSS memang banyak memakan masa dan usaha saya.
“Saya tak mahu buat sesuatu perkara itu separuh jalan dan hati. Bukan saya sahaja yang meletakkan komitmen 100 peratus tetapi juga seluruh team saya.
“Jadi, Drama Band akan bergerak perlahan sekejap dan tawaran persembahan akan dikurangkan dahulu sehingga program ini selesai. Selepas itu, kita akan kembali fokus dengan band,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu I.L.U itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai konsert THSS minggu ke-4, baru-baru ini.
Ads
Bagaimanapun, Aepul bersyukur kerana dikurniakan anggota kumpulan yang menyokong dan faham dengan kehendaknya saat ini.
“Yang seronoknya, Drama Band ini sudah seperti adik beradik saya. Mereka sangat menyokong dan memberikan input sepanjang saya menyertai THSS.
“Kerja-kerja muzik yang saya lakukan di program ini juga banyak dibantu oleh anggota-anggota kumpulan yang lain,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, dia kini sedang menunggu waktu yang tepat untuk membawa Drama Band ke pentas THSS.
“Sudah pasti saya ada perangangan untuk membawa mereka semua di atas pentas THSS. Doa-doakanlah.
Ads
“Saya juga sedang menunggu waktu, tugasan dan tema yang sesuai,” kongsinya.
Sementara itu, Aepul juga akui teruja apabila diberikan kebebasan penuh untuk berkarya sepanjang menyertai program ini.
“Saya sangat gembira kerana ini merupakan kerja-kerja yang saya cintai. Platform THSS ini juga membebaskan saya untuk berkarya dalam apa juga bentuk dan disokong peminat.
“Ini kebahagiaan yang sebenar,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi, mendiang Glenn Fredly iaitu Mutia Ayu, memutuskan untuk tidak akan berkongsi foto-foto melibatkan anaknya, Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo atas dasar privasi.
Menurut Mutia, sudah menjadi tanggungjawab dirinya melindungi privasi anaknya itu meski kini baru memasuki usia tiga bulan.
“I have hundreds photos of Gewa tetapi sudah tugas saya untuk melindungi privasi yang dimiliki oleh anak kami Gewa walaupun saat ini dia dia belum memahami apa itu privasi.
“Nanti jika sudah pada waktunya saya akan memberikan history potret tentang dirinya yang pernah saya abadikan dalam bentuk digital,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Mutia memerusi entri terkini di akaun Instagram miliknya.
Tambah Mutia lagi, biarlah anaknya itu sendiri yang akan memutuskan foto waktu kecil manakah yang ingin dikongsikannya bersama umum bila sudah tiba waktunya nanti.
“Biarkan Gewa pada waktunya memutuskan potret masa kecil bagian mana yang ingin diperlihatkan kepada public,” katanya lagi.
Foto tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #pleaserespect.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen faham mengenai situasi tersebut selain turut mendoakan semoga Mutia dan bayinya itu baik-baik sahaja.
Untuk rekod, Gewa selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari 2020 iaitu 40 hari sebelum Glenn menghembuskan nafasnya yang terakhir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman Instagram Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, diberitakan cucunya, Muhammad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah,” kongsinya.
Menerusi perkongsian beberapa jam lalu, penceramah hebat ini menyatakan sistem sokongan hayat cucunya juga telah dihentikan pada jam 9.00 pagi selepas segala usaha dilakukan tidak berjaya.
“Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk. Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga,” tulisnya lagi.
Konsert minggu pertama One In A Million (OIAM) yang bersiaran secara langsung dari Studio NTV7, Shah Alam pada Ahad menyaksikan saingan daripada 20 peserta terbaik.