Meraikan Hari Raya Aidiladha dengan mengorbankan kehendak diri, Safiey Illias bersyukur dapat menunaikan janji kepada kedua ibu bapanya.
Luah penyanyi Apa Salah Syinta ini, raya pada tahun lepas adalah tahun terakhir dia meraikan sambutan dengan pakaian wanita. Dia turut menyifatkan inilah pengorbanan terbesar dalam hidup.
“Saya tunaikan janji saya . Raya lepas saya ckp last pakai baju perempuan . Hari Raya Qorban saya janji dgn mak dan ayah pakai lelaki . INILAH PENGORBANAN SAYA YANG SGT BESAR .
“Doakan sya yg baik2. saya sntiasa berdoa dan masih mncari hidayah . kayuh pelan2 . Saya xnk drastik . Saya perlukan ruang . 2 bulan setengah dh pakai laki.
“Janji Allah syg , Nabi syg dan paling penting mak ayah dan keluarga gembira,” tulisnya.
Malah dia turut berkongsi foto menunjukkan keadaan dirinya beserta kata-kata sesal akan perbuatan.
“Saya menangis. Saya sebak. Saya pendosa. Saya jijik.
Penghijrahan yang cukup simbolik dengan makna Aidiladha. Semoga lelaki ini mendapat kekuatan untuk terus istiqamah.
Foto : Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI