Penyanyi senior, Datuk Awie mendedahkan tahap kesihatannya kini telah pun beransur pulih dan dia juga dinasihatkan untuk tidak terlalu memikirkan mengenai penyakit misteri yang pernah dialaminya sebelum ini.

Jelas Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, selepas menjalani beberapa siri rawatan, dia sebolehnya mahu melawan penyakit tersebut dengan cara yang lebih berhemah dengan mendekatkan dirinya dengan agama.

“Alhamdulillah, keadaan saya baik-baik sahaja. Selepas banyak kali berubat, saya dinasihatkan untuk lupakan perkara yang menghantui saya.

“Setakat ini saya okay sahaja. Hari demi hari saya cuba bertahan tapi ada kalanya, ada juga yang datang mengganggu.

“Baru-baru ini saya juga ada rasa seperti diganggu tapi saya lawan secara berhemah dan seperti orang yang beriman.

“Kalau kita lawan dengan cara ‘bodoh’, saya akan jadi sebodoh orang itu juga. Saya tak nak jadi bodoh macam dia. Cukuplah…,” katanya kepada MH.

Ads

“Saya Tak Nak Jadi ‘Bodoh’ Macam Dia, Cukuplah…,” – Tak Mahu Fikir Penyakit Misteri, Datuk Awie Fokus Keluarga & Kerjaya “Saya Tak Nak Jadi ‘Bodoh’ Macam Dia, Cukuplah…,” – Tak Mahu Fikir Penyakit Misteri, Datuk Awie Fokus Keluarga & Kerjaya

Katanya lagi, pada ketika ini, dia hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap keluarga serta kerjayanya sebagai seorang anak seni.

“Sekarang ini, saya cuma fikirkan untuk besarkan anak saya yang baru lahir. Saya mahu ada satu keluarga yang bahagia.

“Saya juga hanya nak kerja untuk masa depan yang lebih baik dan menghiburkan mereka yang menyokong saya,” jelasnya lagi.

Ads

Dalam perkembangan lain, Datu Awie mendedahkan dia kini berhasrat untuk menubuhkan ‘School Of Rock’ bagi mencari pelapis dan bakat-bakat baru yang mampu meneruskan legasi band-band rock tanah air seperti Wings dan Search.

“Saya Tak Nak Jadi ‘Bodoh’ Macam Dia, Cukuplah…,” – Tak Mahu Fikir Penyakit Misteri, Datuk Awie Fokus Keluarga & Kerjaya

“Sekarang pula saya sedang merancang untuk mengembalikan muzik-muzik lama seperti zaman dulu. Saya ingin tubuhkan ‘School Of Rock’.

“Di sana saya akan melahirkan bakat-bakat baru dan gilap kebolehan mereka supaya mereka boleh dapat apa yang kami pernah kecapi

Ads

“Ilmu-ilmu seperti ini tak semua orang ada, jadi saya nak curahkan segala ilmu untuk melahirkan seorang penyanyi atau band terbaik atau dalam erti kata lain ‘The Best Malaysian Rock Band’.

“Ketika ini segalanya masih lagi di dalam proses kertas kerja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Awie bakal muncul dalam episod terbaru Media Hiburan Throwback yang akan bersiaran pada jam 9 malam ini di saluran Astro Prima dan Prima HD.

Program yang dihoskan pengacara, Radin Era itu akan menyingkap segala kisah pahit manis Awie sepanjang bergelar anak seni.

“Saya Tak Nak Jadi ‘Bodoh’ Macam Dia, Cukuplah…,” – Tak Mahu Fikir Penyakit Misteri, Datuk Awie Fokus Keluarga & Kerjaya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI