Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad akui turut bersependapat dengan netizen yang mengatakan dia sekeluarga terhindar daripada terjebak dengan perkara melalaikan apabila terlepas menyaksikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.
Menurut Nabil, dia menyifatkan kesilapan melihat tarikh konsert yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu sebagai satu rahmat.
“Itulah ramai yang komen benda itu ‘lagha’ (melalaikan). Saya pun rasa benda yang sama. Memang Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu.
“Sebenarnya saya beli tiket di bahagian tempat duduk yang orang cakap jauh daripada pentas. Kami pun tak pernah tengok konsert, selalu pergi ke pementasan Disneyland bersama anak-anak.
“Jadi bila mereka dah besar, saya nak ajak mereka rasai konsert artis antarabangsa. Lagipun ini bakal menjadi pengalaman pertama kami sekeluarga.
Ads
“Saya sendiri pun sebenarnya nak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana mereka mengendalikan konsert itu.
“Tidak dinafikan banyak komen yang saya terima menyatakan Allah lindungi sekeluarga dan itu juga peringatan untuk saya,” katanya kepada MH.
Menurut penyampai radio Era ini lagi, dia menyangka konsert penyanyi yang pernah memenangi tujuh Anugerah Grammy itu berlangsung selama dua malam.
Ads
“Ya Allah betul saya tak perasan tarikh sebab benda itu tak berapa penting. Saya beli kelmarin sebab anak-anak yang nak.
“Anak ada beritahu kawannya pergi pada Khamis, jadi saya menyangka tiket kami untuk Jumaat. Saya sebenarnya terkeliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat,”katanya.
Terdahulu Nabil mendedahkan terpaksa menanggung kerugian RM2540, namun bersyukur kerana seolah-olah petanda yang Allah melindungi mereka sekeluarga daripada perkara melalaikan.
Ads
Video yang dimuat naik di platform media sosial Era.je itu telah pun hangat diperkatakan sejak pagi tadi.
Nabil difahamkan telah membeli lima keping tiket berharga RM508 buat isteri dan anak-anaknya.
Foto tiket yang dibeli secara online itu turut dikongsikan di dalam video yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Catriona Ross berkongsi peringatan buat dirinya dalam membuat amal kebajikan.
Menerusi foto yang dimuat naik, jelas dinyatakan tiada keperluan untuk mengambil foto bersama keluarga susah dan membuatkan mereka berasa malu.
Malah, diterangkan juga bahawa untuk membuat kebajikan, hanya tinggalkan sumbangan di depan pintu, ketuk sekadar makluman dan terus pergi.
“That’s how to give Charity. Just put it on the door, knock the door and leave. No need to take selfie with the poor family and make them feel embarrassed,” tulis bintang Cindai ini.
Lalu, netizen turut bersetuju dengan padangan yang dikemukakan, namun ada yang berpendapatan, tidak menjadi kesalahan andai wakil yang memberi sumbangan mengambil gambar sekadar sebagai bukti penerimaan kepada penderma.
Foto : Instagram Catriona Ross
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengacara Kelly Azman mendedahkan dia sanggup untuk berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk memiliki mikrofon peribadi seperti yang dilakukan beberapa bintang popular lainnya.
Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45, dia membeli mikrofon berkenan memastikan lantunan vokalnya berada dalam keadaan baik selain menjaga aspek kebersihan.
“Mungkin ramai yang akan mempersoal tindakan saya mempunyai mikrofon peribadi. Sebenarnya mikrofon penting bagi setiap penyanyi atau mana-mana individu yang terbabit dalam industri muzik. Itulah instrumen penyanyi selain suara.
“Lagipun mikrofon peribadi ini akan sentiasa bersama kita dan tidak perlu berkongsi dengan orang lain. Ketika saya membeli mikrofon ini, jurutera bunyi menyarankan mikrofon yang serasi dengan suara saya.
“Ini kerana, mikrofon boleh buat suara saya ringan, apabila bercakap ikut tonasi suara kita. Tak perlu jerit-jerit, bercakap macam biasa pun dah jelas,” katanya.
Kelly menambah, mikrofon yang digunakan adalah model pertama yang dilancarkan di negara ini dan penyanyi terkenal, Khai Bahar antara artis terawal yang menggunakannya.
“Saya rasa gembira apabila idola saya menggunakan mikrofon jenama sama. Saya sempat hantar mikrofon ke Singapura untuk customize warna dan kebetulan Khai Bahar pun hantar ke sana. Dia warna hijau, saya putih,” katanya.
Maklum dengan kritikan susulan keputusannya untuk mempunyai mikrofon sendiri, Kelly yang juga juri program All Together Now Malaysia mahu bersikap rasional.
“Sudah ramai yang mulai mempersoal siapa saya nak pakai mikrofon sendiri. Itu hak sayalah nak pakai mikrofon sendiri, yang nak menyalak kenapa?
“Jujur saya tak hairan dengan apa orang cakap. Pesan saya kepada artis baharu yang nak berada dalam bidang seni suara tolong guna mikrofon sendiri.
Ia untuk keselamatan dan menjaga kebersihan kita sebagai artis agar tidak berkongsi mikrofon dengan orang lain,” katanya yang baru sahaja merakamkan single baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof memilih untuk menyelesaikan isu kekeluargaan sesama anggota keluarga, tanpa melihatkan mana-mana pihak luar.
Syamsul mengulas mengenai hal itu sebagai menjawab pertanyaan media mengenai doa dan harapan bapanya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam agar urusannya dipermudahkan, sebelum ini.
“Itu urusan keluarga dan urusan keluarga, selesaikan di antara keluarga. Seperti saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak berkongsi dengan media.
“Kalau kita ada isu keluarga, kita tak perlu babitkan jiran kita, betul tak? Sebab benda itu boleh mengeruhkan keadaan. Itu sahaja yang saya mampu cakap,” katanya.
Terdahulu, Yusof berharap agar anaknya itu dikuatkan semangat bagi menghadapi dugaan dalam rumah tangganya.
“Saya doakan Syamsul kuatkan semangat dia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya.
Terdahulu pada 5 September lalu, Syamsul sah bercerai talak satu dengan bekas isteri, Ira Kazar selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor memutuskan lafaz cerai taknik yang dibuat di luar mahkamah adalah sah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio, Fizie Roslan, meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan di...