Penyanyi Alina Hassan, 52, tidak dapat menahan sebak selepas bertemu dengan penyanyi, Siti Sarah yang bermurah hati cuba memulihkan masalah penglihatan mata kanannya yang tidak dapat digunakan kerana selaput mata atau katarak di Prof Muhaya Eye & LASIK Centre, pada Khamis.
Alina ketika ditemui menzahirkan rasa syukur atas rahmat dan rezeki yang diterimanya memandangkan dia sebelum ini turut berikhtiar mengumpul wang demi menyelesaikan mata mata yang dihadapi sejak sembilan tahun lalu.
“Saya tidak percaya dan tidak terkata-kata. Bila dapat mesej daripada pihak pengurusan Sarah, saya tanya betul ke? Sehinggakan saya turut tanya pada rakan, betulkah ini? Sarah memang suka tolong orang, tengoklah rezekinya.
“Ya Allah… Saya rasa bernasib baik dapat kenali Sarah meski hanya menerusi program Mentor Otai tidak lama dulu.
“Rasa bersyukur sangat, gembira tak terkira sebab… Memang saya ada perancangan untuk ubati masalah katarak mata,” jelasnya.
Juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 dan pemenang tempat ketiga Mentor Otai 2018 ini menambah, dia mengalami masalah tersebut pada kedua-dua belah bahagian mata dan sudah pun melakukan rawatan pembuangan katarak pada mata kirinya tiga tahun lalu.
Ads
“Kedua-dua belah mata saya alami katarak sekitar tahun 2011 lalu ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan di KLCC.
“Ketika itu baru perasan mata saya macam ada selaput. Makin lama makin teruk sehinggalah sertai program Kilauan Emas.
“Bila ada rezeki lebih, saya lakukan proses membuang katarak di sebelah mata kiri pada tahun 2017,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Sarah yang turut setia menemani Alina pada sesi awal rawatan turut mendoakan agar proses tersebut dipermudahkan.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Dalam sebak, isteri kepada Shuib Sepahtu itu turut menyatakan akan kepentingan menjaga pancaindera.
“Semoga urusannya dipermudahkan. InsyaAllah jika penglihatannya lebih baik, banyak perkara lain yang dia boleh lakukan selepas ini. Saya doakan moga dia berjaya dunia akhirat.
“Saya sebak sebab bila melakukan sesi ini dan bertemu dengan Prof Muhaya, kita semua yang berada di sini mungkin akan lebih sedar, betapa pentingnya sepasang mata.
Ads
“Dengan matalah kita nak membaca ayat suci al-quran bersama segala kebaikan yang lain.
“Saya doakan prosedur pembedahannya minggu depan dipermudahkan dan moga kesihatannya juga bertambah baik, insyaAllah,” harap Sarah.
Proses rawatan untuk membuang katarak pada mata penyanyi berkenaan akan dilakukan minggu hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Majlis akad nikah adik lelaki kepada Neelofa, Mohamed Aqief yang telah pun selamat bernikah dengan permaisuri hatinya, Aina Syahira menjadi bualan ramai.
Ini kerana, kehadiran pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz yang hadir pada majlis berkenaan dengan mengenakan persalinan sedondon dengan ahli keluarga Neelofa mencetuskan spekulasi netizen.
Bagaimanapun, PU Riz sudah pun menjelaskan keberadaannya di majlis nikah yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre itu hanya untuk membawakan doa atas permintaan Neelofa.
Sementara itu, Neelofa menerusi Instagram ada berkongsi detik indah di saat menerima ahli keluarga baru dalam famili besarnya.
Menyifatkan Aqief sebagai adik yang baik, bekas hos MeleTop ini turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina kekal sampai bila-bila.
Selebriti popular Elly Mazlein mengulas mengenai hubungannya dengan juri tetap Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Datuk Ramli MS yang pernah hangat diperkatakan sebelum ini.
Ia susulan keputusan Elly yang memilih untuk menarik dari daripada meneruskan saingan di dalam program sama pada tahun 2016 selepas didakwa berkecil hati dengan komen yang diberikan oleh maestro muzik itu.
Menurut Elly, hubungan mereka kini kembali baik.
“Alhamdulillah. Iyelah sampai bila kan? Macam contoh kalau ada masalah, tak kanlah kita nak bermasam muka sampai bila-bila. Bagi saya, semua isu akan ada jalan penyelesaian,” katanya kepada MH.
Elly pada masa sama memilih jalan kemaafan sebagai langkah terbaik bagi menjernihkan kembali hubungan yang sedia terjalin atas dasar kerja itu.
“Lagipun kita punya isu tu tidaklah beria sangat. Apa-apa pun kita ni yang dulu harus minta maaf. Itu yang saya buat.
“Alhamdulillah hubungan saya dan Tok Ram sangat baik. Sudah boleh bergurau-gurau,” katanya lagi.
Imbas kembali, Elly mencetuskan kontroversi apabila dia (peserta yang diumumkan tidak mendapat lagu untuk konsert minggu kelima) bertindak menarik diri daripada pertandingan itu sebelum dia diisytiharkan tersingkir.
Ia berlaku selepas Ramli didakwa mengaitkan sentimen simpati dan belas kasihan ketika mengulas persembahan Elly pada minggu duet bersama Achong ketika mendendangkan lagu Jangan Menangis Sayang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengimbau kembali pengalaman pertama bergandingan dengan pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud, Syafiq Kyle menjelaskan tidak mampu menahan gugup dan gementar.
Malah akuinya, dia pernah dimaki di set penggambaran gara-gara menguap sewaktu babak bermula oleh pelakon wanita hebat berkenaan.
Disebabkan itu, kerjasama dalam filem terbaru gandingan mereka, Pusaka menjadi lebih mudah kerana dia sudah memahami cara kerja dan disiplin yang diterapkan pelakon senior itu.
“Saya masih ingat gandingan pertama kali dengan Kak Ogy iaitu drama hari raya. Saya menguap dan secara tiba-tiba dia menegur saya supaya lebih serius dalam bekerja.
“Ini kali ketiga kami bekerja bersama dalam naskah dan saya sudah bersedia kerana sudah memahami cara kerja dia,” katanya sambil ketawa.
Naib juara Hero Remaja 2011/2012 ini turut berkongsi pengalaman saat ‘digantung’ sebagai pelengkap kepada babak penting dalam filem arahan Razaisyam Rashid itu.
“Masalah paling sulit ketika penggambaran Pusaka adalah apabila digantung dengan tali. Sebagai seorang lelaki, bayangkan betapa senaknya sepanjang proses itu berlangsung.
“Apabila diangkat, saya merasa tidak selesa dan menyakitkan. Untuk babak ini, hampir lima jam saya digantung dan tersepit,” jelasnya kepada media pada Malam Gala Pusaka di Starling Mall.
Syafik Kyle memegang peranan sebagai Inspektor Nuar Ishak dan mempunyai kembar seiras, Nuraini, lakonan Mimi Lana.
Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Selain mereka, turut sama terlibat di dalam filem tersebut ialah Faizal Hussien, Sweet Qismina, Aleeza Shahdan dan ramai lagi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Reen Rahim mencuri perhatian apabila hadir seorang diri ke sebuah majlis rumah terbuka, mencetuskan pelbagai persoalan mengenai keberadaan suaminya, Hazim Zainal.