Penyampai radio, Dj Lin lebih selesa menyimpan perasaan dan meluahkan segalanya kepada Allah SWT bila bercakap mengenai kesediaannya untuk memaafkan mana-mana individu yang pernah menyakiti dirinya selama ini.
Menurut Dj Lin, meluahkan isi hati kepada Allah SWT membuatkan hatinya jauh lebih tenang.
“Bila sebut tentang kemaafan, pada saya, siapalah kita untuk mengawal segala-galanya. Saya lebih suka ‘bermonolog’ dengan Allah.
“Apa sahaja curahan hati saya, saya tak perlu ceritakan kepada manusia. Bagi saya, Allah tahu apa yang berlaku.
“Biarlah Allah sahaja tahu isi hati dan doa saya. Saya tahu Allah tidak tidur,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, Pengurus Besar Radio Suria FM ini juga percaya setiap ujian itu telah mematangkan dan mengubah perspektifnya terhadap orang sekeliling.
“Sebagai manusia, saya terima apa sahaja perkara yang dilakukan terhadap diri saya. Saya anggap itu ujian daripada Allah. Allah juga memperlihatkan kepada saya perangai-perangai manusia.
Ads
“Dari satu sisi, saya sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah menyedarkan saya bahawa kebaikkan kita tidak semestinya akan dibayar baik juga.
“Saya juga tak mengharapkan balasan yang baik tapi jauh di sudut hati, saya terkilan kerana silaturrahim itu yang lebih utama. Ia telah dibina lama,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dj Lin juga memaklumkan dirinya juga akan mencari ketenangan di Tanah Suci, Mekah selepas seminggu menyambut kedatangan Aidilfitri.
Ads
“Saya akan mengerjakan umrah pada 10 Syawal ini bersama ahli keluarga. Saya cuma doakan Allah permudahkan dan beri ketenangan.
“Semoga Allah anugerahkan hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Allah tidak akan uji kita tiada mesej yang ingin disampaikan.
“Banyak yang Allah sedarkan saya daripada terlena. Biarlah saya meneruskan kehidupan dan tanggungjawab saya di Suria FM. Itu tempat saya bekerja dan cari makan.” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular video rakaman di TikTok menampakkan Luna Maya sedang memarahi pekerjanya ketika sedang bermesyuarat. Bukan sekadar marah, dia turut dilihat menghentak meja.
Video yang sudah ditonton lebih lima juta kali itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Ada yang setuju dengan tindakan pelakon itu, namun ada juga yang tidak bersetuju.
Saat bertemu dengan wartawan, kekasih kepada Maxime Bouttier ini tampak tenang memberikan alasan atas tindakannya itu.
“Bekerja dalam sebuah perusahaan kalau prestasi teruk, dipanggil tak oleh pihak atasan? Sudah namanya dunia pekerjaan, semua memiliki gol masing-masing. Saya di sana sebagai ketua perusahaan hanya mahukan yang terbaik sahaja,” ujarnya.
Dia menjelaskan lagi sebagai seorang ketua, sudah tentu salah satu tugasnya adalah untuk memastikan sesebuah pekerjaan yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik.
“Saya harus memantau setiap tugas yang dilakukan sama ada sudah mencapai target atau pun belum. Kerana kalau saya diam sedangkan apa yang dilakukan tidak betul itu bererti saya ketua yang tidak baik.
“Kalau tiba-tiba penjualan menurun, perincian tidak difikirkan, pemasaran tidak mencapai standard, nanti saya juga yang tidak mampu membayar gaji mereka,” ujarnya panjang.
Jelas Maya lagi, kemarahannya itu bermula apabila team pemasaran dalam syarikatnya tidak memberikan kempen yang tepat dan perkara itu berlaku berulang kali, jadi dia menegur mereka dengan tegas.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pastinya pencinta haiwan akan mengalir air mata apabila melihat sebuah rakaman video yang merakamkan aksi seekor kucing yang tidak mahu berganjak dari kubur seorang pencinta kucing sewaktu masih hidup.
Berita ini dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Facebook bernama Zarould Zh Hisham, mengenai berita pemergian datuknya dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kelibang, Pulau Langkawi.
Menerusi perkongsiannya itu, dia memberitahu ada kejadian yang aneh di mana ada seekor kucing berwarna putih telah muncul dan mengelilingi kubur arwah datuknya.
“Assalamualaikum tok wan Saya (Ismail Bin Mat)Telah Di selamat Di Kebumikn di tanah Pekuburan Masjid Kelibang(Pulau Langkawi)..Ada Kejadian berlaku semasa Kami Membaca taqil,Seekor kucing Brwarna Putih Muncul mengelingi Kubur Arwah Tok wan Saya..Sunguh Besar Kekuasaan Mu Ya Allah..Semasa Arwah tokwan Saya Di dunia..dia seorang yg cinta kepada Kucing..Saya Harap Tokwan Di Tempatkn Org yg Beriman ..Al fatihah..Cucu Mu Sentiasa Mendoakn Utk Mu,(Zarul Hisham) saya sayang tokwan?,” tulisnya.
Sayu melihatkan video itu bagaimana kucing itu berdegil tidak mahu berganjak dari kubur tersebut walaupun banyak kali cuba dialihkan oleh orang ramai yang berada di situ.
Mari kita lihat video yang dikongsikan oleh Zarould.
Ada juga gambar yang dikongsikan, kucing tersebut masih lagi duduk di sisi kubur tersebut.
Rata-rata pengikut Zarould di Facebook turut tersentuh hati melihat aksi kucing itu.
Yanti Royani: Syg btl putih kat tok wan sampai tk blh berpisah. Subhanallah
Rafizan Pijan: Binatang tk bole brcakap tapi binatang bole tau hati budi msnusia yg ikhlas…amjnn utk tok wan yg suka pada binatang.
Iwan Husna: Allah..Kucing ini pon tau sygkan tuan ni..pahala yg besar utk org yg kasihkan sesama makhluk
Nora Napi: Al fatihah…. Sedihnye tgk kucing tu
Buat Zarould, salam takziah kami ucapkan atas pemergian datuk tercinta. Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Facebook Zarould Zh Hisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert sulung penyanyi Khai Bahar, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda ekoran penularan wabak Covid-19.
Perkara itu disahkan Penerbit Eksekutif, Fauziah Ahmad Daud selepas mendapat nasihat daripada pihak Istana Budaya dan persetujuan bersama semua pihak terbabit menerusi satu kenyataan media.
“Pihak IB pun sudah mengeluarkan notis berkenaan penangguhan konsert ini. Jadi, sebagai langkah keselamatan semua kita perlu akur.
“Apatah lagi, Perdana Menteri juga sudah mengumumkan berkenaan penangguhan semua acara membabitkan orang ramai sehingga April.
“Insya-Allah, tarikh baru berkenaan konsert ini akan dimaklumkan pada Isnin ini selepas saya mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IB, Datuk Johari,” katanya.
Ogy berkata, dia berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak panik dan gusar berkenaan penangguhan konsert itu.
“Konsert ini tidak dibatalkan. Ia akan diteruskan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Kita tunda pun disebabkan perkara yang berlaku di luar jangkaan kita.
“Saya berharap peminat yang sudah membeli tiket sabar dan tenang. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.
“Perancangan Allah itu jauh lebih baik. Semoga apa yang dirancang ini akan terus berjalan lancar,” jelasnya lagi.
Foto: Instagram Khai Bahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!