Semua tahu yang diva pop ini tidak memiliki akses terhadap kewangannya sendiri kerana dikawal oleh ayahnya yang bertindak sebagai conservator. Namun nampaknya kini sedikit demi sedikit perkara itu berubah rentetan dari kes Britney mengheret ayahnya ke mahkamah atas segala ‘penderaan’ yang dilakukan.

Kelmarin dalam satu hantaran video di laman Instagramnya, pemenang anugerah grammy ini berkata kepada para pengikutnya, “Ok guys, berita hebat! Saya mendapatkan iPad pertama saya hari ini. Saya dah bersiap dan sedang bekerja di halaman rumah dan kemudian bila saya ke dapur saya ternampak bungkusan yang ditempah. Ia adalah iPad!”

“Saya Tak Pernah Ada Sebelum ini,”- Pertama Kali Beli iPad, Britney Spears Kongsi Keterujaan

Dia menambah lagi, “Saya sangat teruja, selama ini hanya anak-anak saya yang memilikinya. Ini baru hari yang hebat! Selama ini saya hanya ada sebuah telefon kecil, tetapi sekarang iPad ini berada di tangan saya dan saya merasa hidup saya berubah ketika kita bercakap dan saya sangat teruja.”

Ads

Baca lagi: “Selama Ini Saya Pura-Pura Gembira,” – Dipaksa Guna Alat Cegah Kehamilan, Britney Spears Mahu Kehidupannya Kembali

Rata-rata peminat berkongsi rasa gembira mereka kepada Britney yang ketika ini dalam kemelut perjuangan untuk menamatkan tugas ayahnya sebagai conservator. Selama 13 tahun sejak 2008, ibu kepada dua anak ini tidak memiliki akses langsung kepada sumber kewangan dan juga penjagaan kesihatan buat dirinya. Ini rentetan dari arahan mahkamah yang merasakan Britney tidak mampu menguruskan dirinya sendiri ketika itu.

Ads

Penyanyi yang kini berusia 40 tahun itu nampaknya benar-benar nekad untuk bebas dan tidak lagi dikongkong sesiapa. #freebritney

Sumber: Instagram Britney Spears

Ads

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI