Pelakon, Puteri Sarah Liyana memohon orang ramai untuk tidak lagi mengaitkan namanya dengan sebarang isu melibatkan bekas suaminya yang juga merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Menurut Puteri Sarah, kisahnya bersama Syamsul sudah lama berakhir dan kini dia mahu menjalani hidup dengan tenang.
“Bila kisah berbadan dua, cari saya. Bila kisah bercerai, saya juga yang dicari. Sudah setahun lebih kisah kami berlalu. Saya pun sudah move on.
“Saya sebenarnya sudah tak nak ada kena mengena lagi dalam hal ini. Yang terjadi ini adalah hal mereka.
“Saya juga sudah ada kehidupan baharu. Kisah mereka sudah berakhir. Saya nak enjoy sahaja ketika ini.
“Janganlah kaitkan saya lagi. Kesihankanlah saya. Mereka yang ada masalah, saya, Datuk Yusof dan Datin Patimah pula yang kena interview,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Polis Peronda itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-4 yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu.
Diminta mengulas mengenai komen netizen yang menganggap dia ‘menang’ selepas penceraian Syamsul dengan bekas isteri, Ira Kazar baru-baru ini, Sarah menganggap segala yang terjadi adalah takdir dan bukan tempatnya untuk berkata-apa-apa.
“Segala yang berlaku ini adalah takdir. Yang berkata itu adalah netizen. Saya tak boleh kawal apa yang mereka perkatakan.
“Namun, saya tak pernah menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu kemenangan. Lagipun, saya sudah lama tiada kena mengena lagi dalam kisah mereka.
“Jadi, tak perlulah saya komen banyak sangat,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah membuat kejutan apabila bakal bertanding di dalam program MLS4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai oleh pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
MLS4 akan ditayangkan bermula 22 September ini di saluran Astro Warna.
Datuk AC Mizal diberikan kepercayaan selakus hos manakala kerusi juri pula diberikan tanggungjawab kepada Saiful Apek, Harith Iskander dan Anna Jobling.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.