Pelakan terkenal, Erra Fazira terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang dilihat sengaja ingin mencetuskan sensasi dengan mereka cerita tatkala nama bekas suaminya, Engku Emran sedang hangat diperkatakan selepas bersecerai dengan isteri, Noor Nabila.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik menjelaskan dirinya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sikap sebenar Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.
Katanya lagi, dia amat menghormati privasi Engku Emran sebagai bapa kepada anaknya.
“Jangan macam ni. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah. Saya tak pernah memberikan sebarang komen sebegini.
“Saya hormat privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tulisnya.
Malah, Erra turut berkongsi tangkap layar yang memaparkan tajuk sebuah hantaran yang dipercayai dimuat naik di aplikasi Facebook.
Ads
Dalam hantaran tersebut, Erra didakwa tahu mengenai sikap sebenar Engku Emran yang menjadi punca penceraiannya dengan Noor Nabila.
Sementara itu, pelakon filem Sembilu ini turut mengingatkan semua pihak untuk tidak mempersenda kehidupan orang lain lebih-lebih lagi selepas ditimpa ujian.
Ads
“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Engku Emran melafazkan cerai talak satu terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
Untuk rekod, Engku Emran dan Noor Nabila telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat Nabila selepas bercerai dengan Sharnaaz pada 9 Julai 2020.
Ads
Hasil perkongsian hidup dengan Sharnaaz, mereka dikurnikan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tanga dengan Erra pada 25 Oktober 2007. Bagaimanapun, perkahwinan mereka itu hanya bertahan selama tujuh tahun.
Engku Emran dan Era dikurnikan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.
Malah, Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun, bahtera perkahwinan tersebut turut berakhir dengan penceraian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor menyelar tindakan seorang pengguna Twitter selapas individu terbabit memuat naik kenyataan melabelkan artis di Malaysia ini tidak berkualiti dan tiada maruah.
Menurut Adibah, sekiranya individu tersebut berfikiran sedemikian, maka tidak perlu lagilah dia berurusan dengan mana-mana golongan artis terutamnya ketika memerlukan bantuan atau derma.
“Ok. Tak usah layan lagi artis Malaysia ya.
“Nanti kalau perlukan bantuan ke, derma ke, charity ke pun jangan cari artis Malasyia okay. Babai,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu di laman Twitter miliknya.
Di ruangan komen pula, rata-rata netizen meminta Adibah supaya bersabar dan tidak mengendahkan kenyataan individu tersebut.
Terdahulu, Adibah telah membuka ruangan komen di laman Twitter miliknya untuk sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan bisnes mereka secara percuma.
Ia merupakan salah satu usaha untuk membantu para usahawan yang terjejas pendapatannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Sumber: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penampilan ‘wow’ yang digayakan aktres Rozita Che Wan di Anugerah MeleTOP Era (AME2021), Ahad lalu ‘memancing’ perhatian netizen.
Memilih busana serba oren bersama perincian kembang di bahagian atas bahu, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mempunyai sebab tersendiri menggayakan fesyen seperti itu buat pertama kali.
Menurut Che Ta, dia hanya mengikut tema, apatah lagi keberadaannya ketika itu adalah sebagai penyampai anugerah.
“Tema dia Met Gala, jadi lain daripada yang lain lah. Distailkan oleh Abu dan persalinan ini daripada Kuntum.
“Ya pertama kali mengenakan persalinan sebegini kerana tema. Selalu temanya ‘glam’, extravaganza tapi kali ni temanya Met Gala. Jadi inilah hasilnya,” katanya.
Che Ta lagi juga turut menjelaskan sebagai tetamu yang dijemput adalah wajar untuk mengikut dan menghormati permintaan ‘tuan rumah’.
“Bila kita menghadiri sesuatu majlis itu, kita cuba menghormati tuan rumah dengan mengikut tema yang diberikan.
“Saya punya stylist mengikut tema, jadi saya cakap dengan dia tidak perlu yang terlalu over sangat. Mungkin saya rasa warna busana ini yang menarik perhatian.
“Macam saya kalau hadiri mana-mana majlis anugerah, pakai putih atau hitam. Jadi kali ini mahukan ‘colour’. Misalnya kalau hari biasa pun, saya kerap pakai yang berwarna.
“Jadi saya cakap dengan stylist mahu warna oren. Jarang orang pakai, tapi hari ini (AME2021) ada tiga orang pakai warna sama,” seloroh Che Ta.
Tidak ambil hati dengan usikan netizen terhadap gaya yang ditampilkan, Che Ta berkata masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
“Mereka boleh komen apa yang mereka nak komen sebab mungkin ada yang tak tahu apa alasan kita (tema) jadi saya okay je.
“Masing-masing ada minat, kesukaan dan pendapat yang berbeza. Saya ada pendapat saya. Mereka boleh lontarkan apa yang mereka rasa, tetapi hanya kita yang tahu dan ada sebab mengapa bergaya seperti ini,” jelasnya.
Che Ta pada masa sama turut tumpang gembira dengan kemenangan rakan artis, Fasha Sandha menerusi kategori Pelakon MeleTop.
Terdahulu, AME2021 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), selepas mengalami beberapa kali penangguhan majlis akibat penularan Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri menzahirkan rasa terharu selepas berjaya melangkah ke pentas akhir program Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulan, Tobat.
Ini merupakan kali pertama Bell berjaya mara pentas akhir sepanjang lapan tahun percubaannya menyertai pertandingan tersebut sebelum ini.
Menurut Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, pecapaian tersebut tidak mungkin dapat diraihnya tanpa kerjasama berpasukan daripada dua orang lagi ahli kumpulannya yang juga merupakan pelawak Ajak Shiro dan Ropi.
“Terima kasih buat @ajakshiro dan @ropie_sryn_official kerana sudi berkerjasama dengan saya. Jasa dan kenangan bersama anda berdua tetap dikenang sampai bila-bila.
“Membawa saya hingga peringkat final #maharajalawakmega2021 dan pengalaman juga saya dapat lihat @ropie_sryn_official berkain pelikat je untuk menari idea,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Kampung Pisang Bersiri-Siri itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Bell turut menyeru kepada semua pihak untuk terus menunjukkan sokongan terhadap kumpulan Tobat sehingga ke akhir program.
“Entah apa-apa entah. Sekarang, anda pun penting untuk mengundi kami. Jasa anda pon dikenang juga. Undian anda adalah penentu segalanye Undi #TOBATMLM21 melalui online,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut berharap agar Tobat dapat memberikan persembahan yang menarik pada malam final nanti.
“Boom sekali Tobat. Ada rezeki MLM tahun ni Tobat punya.
“All the best Encik Bell. Admire your hardwork. Confirm juara.
“Semoga kumpulan Tobat juara. Amin.
“All the best buat Bell and the team,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Pentas Akhir MLM2021 bakal bersiaran secara langsung pada Jumaat ini pada jam 9 malam di saluran Astro Warna dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Bell Ngasri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!