
Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik satu rakaman video sedang menari bersama suaminya, pelakon Aidil Aziz di Instagram.
Di samping peminat memuji kemesraan pasangan ini, ada juga segelintir netizen yang memberi komen mengenai penampilan Fasha menerusi rakaman video berkenaan.
Ada yang keliru dan mempersoalkan mengenai penampilannya.
Lalu, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini ada memberi penjelasan dan memaklumkan dirinya masih lagi dalam proses belajar untuk mengenakan hijab.
“Ya betul apa adik komen pendapat adik tu, sy tak pernah cakap dah berhijab sepenuhnya.
“Sama juga.. macam ada juga beberapa selebriti yang belajar berhijab di bulan Ramadhan.
“Begitu juga saya. Pelan2 belajar, bukan utk memenuhi kehendak netizen mahupun trend, tapi kerana diri sendiri. Sy belajar,” jelasnya.
Fasha pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.
“Alhamdulillah, ada orang bijak yang komen tentang isu ini.
“Terima kasih, terima kasih dik sebab doakan kakak yang baik2. Amin2 doakan kakak ya,” balas Fasha lagi.
Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tahu Kenapa Sesetengah Golongan Muda Benci Politik?,” – Giliran Syed Saddiq Bersuara, Selar Siapa?

Memuat naik status kecewa dengan kepimpinan politik negara ini, Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq menyatakan rasa kesal dengan taktik ‘kotor’ pihak tertentu.
Tulisnya, pemimpin seharusnya memajukan kehidupan, bukannya hanya berkisar mengenai kisah seks atau konspirasi sehingga mampu membuatkan golongan belia menjauh.
“Saya naif apabila mengandaikan zaman permainan kotor politik sudah berlalu.
“Politik sepatutnya mengenai membuat kehidupan lebih baik, pertembungan idea dan prinsip, bukan mengenai seks dan konspirasi.
“Tahu kenapa sesetengah golongan muda benci politik? Kerana ia memusnahkan lebih daripada apa yang dibina. Malaysia layak terima yang lebih baik.”
Setuju dengan pendapat pemimpin muda ini, netizen turut menyelar tindakan segelintir pihak yang sepertinya hanya mengutamakan diri.
Malah, ada juga yang mempersoalkan pemilihan kerajaan baru dalam menerajui Malaysia.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status ini ditujukan kepada siapa.
Bagaimanapun sejak semalam, tular video intim yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.
Foto : Instagram Syed Saddiq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kos Yang Dikeluarkan Bukan Kecil,” – Jutaan Ringgit Wawa Zainal & Aeril Zafrel Berhabis Taja Big Stage 2023

Kesemua 12 peserta program realiti Big Stage musim kelima sudah diperkenalkan dan masing-masing mempamerkan persembahan menarik pada minggu pertama saingan, malam Ahad.
Selain peserta, hos dan juri, turut mencuri perhatian bagi edisi kali ini adalah penaja utamanya iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan oleh pasangan pelakon terkenal, Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel.
Sekaligus, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka sebagai artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.
Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage 2023.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.
“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.
“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.
“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.
Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawa.
“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas.
“Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya lagi.
Bertemakan Manifesto, kesemua 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Lah Ahmad, malam tadi.
Program realiti itu sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 akan berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lepas Recording Semalam Saya Terdiam, Lama Fikir…,” – 8 Tahun & 6 Hos Bersama Silih Berganti, Awal Ashaari ‘Signing Off Melodi’

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mengumumkan dia meninggalkan program hiburan popular, Melodi pada Sabtu dan rakaman terakhir telah pun dilakukannya secara virtual pada Jumaat.
Malah jelasnya, ralat adalah perkataan paling sesuai mengenai apa yang dirasanya ketika ini, selepas lapan tahun bersama program berkenaan.
Awal menambah, seperti yang difahamkan, TV3 mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan In-house Talent yang bernaung dibawah pengurusan Media Prima bermula Ogos 2021.
“The hardest goodbye is when you don’t get to say goodbye.
“Dua minggu yang cukup sugul, bagi saya. Ikutkan hati nak berdiam sahaja, tapi memandangkan ramai yang dah bertanya, tak baik pula membiarkan peminat & rakan rakan media berteka teki.
“Semalam, Jumaat 25 Julai 2021 merupakan hari terakhir saya bersama Program Melodi. Sepanjang MCO, kami bersiaran secara virtual, dan petang semalam merupakan rakaman saya yang terakhir bersama Janna, di rumah kami masing masing.
“Pihak Stesyen mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara sedia ada dengan In-house Talent yang bernaung dibawah pengurusan Media Prima bermula Ogos 2021, sebagai mana kami diberitahu.
“Dua minggu diberikan untuk kami menghabiskan dua episod terakhir sebelum Melodi memperkenalkan hos baru mereka minggu ini.
“Terkejut.. sebelum ini kalau ada pertukaran, kita akan boleh jangka. Ada hint, ada kiasan, ada internal information dan selalunya cukup masa yang diberi untuk transisi yang besar dalam kejaya kami.
“Dua minggu? Tentunya satu keputusan yang sukar diterima disaat anak seni rata rata berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja, dan industri seni tidak dibenarkan beroperasi, khidmat yang saya curahkan sepanjang 8 tahun bergelar Pengacara Melodi seolah olah terhenti begitu sahaja.
“Tapi saya percaya kepada rezeki, Qada dan qadar. Bukanlah niat untuk menongkat langit. Usia 8 tahun sudah cukup untuk mana mana pengacara matang dan beroleh kepuasan dalam program kelolaan mereka. Saya redha dan sikit pun tak ambik hati,” jelasnya.
Awal berkongsi luahan tersebut menerusi satu pautan di Instagram miliknya yang dikemas kini.
“RALAT. Itulah ungkapan yang paling tepat buat masa ni. Ralat tak sempat balik ke set Melodi untuk episod akhir. Ralat tak dapat buat proper handover kepada bakal pengganti saya.
“Ralat tak dapat jumpa team Melodi yang dah macam keluarga sendiri. Ralat tak sempat sign off program kesayangan saya ni. Ralat sebab tak sempat jugak untuk plan hala tuju kerjaya saya lepas ni.
“Lepas recording semalam, saya terdiam. Lama saya fikir, macam ini pengakhkiran saya dalam program ni? Bukan lah minta untuk nak diraikan, cuma saya tak sempat nak bid farewell buat semua yang berjasa, yang bekerjasama dan menyokong sepanjang saya bersama Melodi.
“Here I am, writing this because I need closure, before I move into a new chapter of my life. 4 orang Penerbit, 6 orang host bersama silih berganti selama 8 tahun bersama Melodi.
“Abang Sufian, Abang Azman Abdul Ghaffar, Abang Jamil Hassan, Michelle Wee & Adeed, terima kasih kerana mempercayai bakat saya dan segala ilmu yang diberikan selama ini.
“Kepada rakan rakan pengacara, Dira, Zizan, Sherry, Zulin, AG & Janna.
“Family kecil Melodi: Nik, Izza, Ria, Phen, Ecah, Pogy, Abg2 soundman, Abg2 cameraman, Abg2 lighthing dan semua yang bertungkus lumus untuk memastikan Melodi dapat live setiap hari Ahad selama ini.
“Kepada anda semua penonton Melodi dari mula mula saya bersiaran sampai lah ke episod terakhir esok, TERIMA KASIH tak terhingga. Saya mintak maaf sekiranya ada salah silap saya sepanjang saya mengenadalikan Melodi.
“Kepada pihak pengurusan Media Prima, thank you so much for letting me be part of Melodi’s legacy. This indeed one of the best achievement in my career.
“Dari kecik saya tengok Melodi, kesemua idola saya pernah mengacarakan program ni dan bila saya dapat mengacarakan Melodi, ia satu pengiktirafan yang cukup besar buat saya,” tulisnya lagi.
Suami kepada Scha Alyahya itu turut menzahirkan ucapan maju jaya kepada hos baru yang akan mengendalikan rancangan hiburan mingguan itu.
“Kepada bakal pengganti saya di Melodi, Tahniah dan saya yakin awak mampu untuk menggalas tanggungjawab ini. Melodi bukan sekadar kerjaya, tetapi tanggunjawab dan legasi yang diamanahkan kepada setiap pengacaranya.
“Akan ada artis yang bermasam muka dan dah tak tegur kita, ada yang akan DM kita tanya kenapa kita cerita pasal isu dia?
“Ada yang akan panas dengan cara penyampaian kita dan ada juga yang akan “unfollow” dan block kita.. Akan ada juga peminat dan fanatik artis yang akan kutuk dan maki kita bila kita usik artis kesayangan mereka.
“Tapi kita kena tau yang kita cuma menjalankan tugas kita.. I wish you all the best and i’ll be watching from home.
“Sekian saja dari saya. Saya doakan Melodi akan kekal utuh sebagai program hiburan nombor 1 di Malaysia dan buat terakhir kalinya: “Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi, Berdiri diatas bakat sendiri”. Saya Awal Ashaari, signing off Melodi TV3,” tulisnya lagi.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Awal Ashaari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI