Peserta paling muda dalam barisan finalis Hero Remaja 2020, Muhammad Hariz Muhammad Hamdan mengakui dirinya rasa terkejut dan bersyukur dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambilnya, hari ini.

‘Hero’ berusia 18 tahun itu memperolehi keputusan 5A, 3B dan 1C menerusi sembilan subjek yang diambilnya dalam jurusan Sains Komputer.

“Alhamdulillah dan syukur dengan keputusan ini meski ia mungkin tidaklah secemerlang pelajar lainnya, namun keputusan dicapai adalah sesuatu yang di luar jangkaan saya sebenarnya.

IKLAN

“Ini kerana, ketika sesi percubaan sebelum ini, saya hanya raih 2A sahaja. Malah, saya tidak pernah capai markah lulus dalam subjek Matematik Tambahan dalam mana-mana peperiksaan.

“Cuma ketika pergi ambil keputusan, saya terkejut kerana markah Matematik Tambahan saya ialah B+. Pastinya saya gembira atas berkat tunjuk ajar pendidik dan usaha selain doa ibu bapa, semuanya dipermudahkan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ditanya apakah tips ulang kaji yang diamalkan remaja ini, Hariz menjelaskan sebulan sebelum SPM, dia giat melakukan belajar secara berkumpulan di luar waktu sekolah.

“Saya tidak malu untuk bertanya sebab kata orang, kalau kita segan bertanya, kita akan sesat jalan. Selain itu, saya juga kerap lakukan sesi belajar secara berkumpulan.

IKLAN

“Pada sesi tersebut, masing-masing saling bertanya dan daripada situ, kita dapat input,” jelas Hariz yang sudah merancang untuk menyambung pengajian selepas ini selain mengintai peluang dalam seni sejurus tamat saingan Hero Remaja 2020.

https://www.instagram.com/p/B9WgotfJpAl/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI