“Saya Tak Pernah Condemn, Cuma Mahu Rakyat Berhati-Hati,”- Balasan Komen Dr Amalina Fasal Video Promosi Produk Di IG DS Shahida

Share

Kecoh mengenai isu berhubung produk kecantikan produk yang tular masa kini, yang belum dipastikan keberkesanannya.

Dalam pada itu, Dr. Amalina Che Bakri turut memberi reaksi mengenai perkara tersebut.

Kisahnya bermula apabila Datin Seri Nur Shahida berkongsi video di akaun Instagramnya apabila dia mahu mempromosikan produk terbaru.

Lantas video tersebut telah dihujani pelbagai komen dari netizen.

Bagaimanapun, seorang individu telah memberi komen terhadap video berkenaan.

“Ni kalau Dr Amalina tahu pasni haa kuar la artikel dlm ig stories dia,” komen netizen.

Tidak hanya berdiam diri, Shahida turut memberikan repson kepadanya.

“Ya dia berjaya sebab dia bijak. Tapi x bermakna sbb dia bijak dia boleh condemn org, setiap org Allah bg kelebihan berbeza2kan.. apapun dgn herba2 nenek moyang kita berapa ramai yang dah sembuh dgn asbab niat ken Allah,” balas Shahida.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang meletakkan tanda nama (tag) kepada Amalina.

Lantas, pendapat itu mula disuarakan Amalina.

Amalina sebelum ini pernah menyuarakan pendapatnya mengenai kesan sampingan terhadap penggunaan serbuk arang gigi yang boleh menipiskan struktur gigi.

Video : Instagram Nur Shahida

Published by
MH