Penyanyi terkenal, Misha Omar meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu peminat yang dilihat tidak sensitif dengan seolah-olah suka melaga-lagakan sesama penyanyi.
Menurut Misha, dia tidak mahu menjadi punca kebencian orang lain lebih-lebih lagi dengan perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya.
It's ok Kak Mitch.. Jangan sedih k. Sy fans TokTi, tapi sy x benci Kak Mitch. Bukan salah Kak Mitch kalau ada segelintir fans yg suka jadi batu api.
Same goes to TokTi punya fans. Sama je.. Sbb seorang artis xboleh nak kawal semua fans dia. pic.twitter.com/VROquvsLRU
“Saya tak nak awak jadi penyebar benih-benih benci atau pun membuatkan orang lain benci dekat saya. Itu pun masalah juga tu.
“Jangan ‘drag’ nama orang yang boleh mencetuskan kemarahan orang lain. Awak suka saya tak bermaksud orang lain pun kena sayang saya juga.
“Saya terima, bukan semua orang sayang atau suka kita. Sama ada awak suka atau tidak dengan saya, adakah awak tu sebenarnya suka mencetuskan kebencian yang akhirnya akan berpalit kepada saya.
Ads
“Sebenarnya saya sedih. Tak payahlah kait-kaitkan video orang lain. Tolonglah jangan jadi batu api. Jangan jadi toksik,” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Misha menerusi sesi IG Live yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Tanpa Rela itu turut berpesan kepada para peminatnya supaya mengawal emosi dan tidak berlebih-lebih dalam setiap perkara.
“Saya rasa mungkin sesetengah daripada anda suka melihat orang lain bergaduh. Kalau orang lain suka bergaduh, kita jangan turut sekali bergaduh.
Ads
“Jika anda ingin beri komen tentang artis lain, saya rasa tak perlulah. Sebab dikemudian hari yang terpalit adalah nama penyanyi yang you bangga-banggakan.
“Sebenarnya penyanyi yang you bangga-banggakan tu banyak kelemahannya terutamanya saya.
“Saya tak nak jadi satu bahan negatif yang buat orang benci. Jangan benci-membenci sesama sendiri. Sebab hidup ni sekejap je,” rayu Misha sebak.
Sementara itu, Misha turut menegaskan dia akan terus menyekat individu-individu tersebut sekiranya perkara ini masih berterusan.
Ads
“Jangan melaga-lagakan saya sampai satu tahap orang tak suka dengan saya. Padahal mereka tak kenal pun siapa saya.
“Sesiapa sahaja yang saya rasa ada vibe macam tu, saya akan ignore anda. Jangan buat saya terheret sama dengan hati anda yang tak bersih.
“Saya tak pernah hasut anda untuk benci orang lain. Jika anda ingin bercakap mengenai saya, jangan babitkan orang lain.
“Hargailah artis yang anda minat itu dengan jujur. Tak payah cakap Misha Omar nyanyi lagi bagus daripada Bedah (contoh),” akhirinya.
Sumber: Twitter Adeliaimann
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Nur Amira Maslan atau lebih sinonim disapa Kak Girl dilihat ada memuat naik foto serta video yang menampakkan imejnya yang tidak bertudung.
Malah, posting yang dimuatnaik Kak Girl beberapa hari lalu menarik perhatian apabila bintang itu menulis kapsyen panjang berbentuk luahan.
Kongsi Kak Girl, ada beberapa perkara yang dirasakan boleh dikawal, tetapi ia adalah sebaliknya.
“Ada certain things yang kita rasa kita boleh handle,tapi sebenarnya tak. ada certain things yang kita rasa boleh kuat tapi sebenarnya tak. kadang2 kita terlalu menjaga hati orang tanpa pikir diri sendiri.
“Kadang2 kita terpaksa ikut kehendak orang,walau kita ada kehendak sendiri. Bertahun lamanya kita cuba jadi yang terbaik. the best version of me orang kata.
“Ya,saya ikut. Ya,saya okay,Ya saya boleh. Ya,saya dengar.dok dengar je apa yang orang nak kita buat. tapi still, takde yang benar2 menghargai. saya tak salahkan sesiapa selain diri sendiri,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut memohon maaf andai ada yang tidak selesa, meski dia hanya sedang menjadi diri sendiri.
“Maaf mungkin ramai yg akan kurang selesa. tapi saya sedang menjadi diri saya sahaja. the real me. the one who lost for lots of years,mementingkan orang lain berbanding diri sendiri.
“I didn’t make myself as a priority before,and now its killing me. Tak kira lah apa orang nak kata. i need space for myself,really and i dont owe anybody an explanations. saya berada dalam keadaan yang saya rasa i had enough and biarlah saya rawat kecewa ini sendiri.
“Maafkan saya dan doakan saya kalau sudi. Terima kasih. saya still orang yang sama. cuma mungkin kali ni kelihatan sisi yang berbeza,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Kak Girl Sebenar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel telah pun mengagihkan duit raya kepada semua para pekerjanya bagi menceriakan sambutan Syawal tahun ini.
Menyifatkan mereka sebagai penggerak kepada kejayaan bisnes yang diusahawan, Wawa turut bermurah hati untuk untuk memberikan duit rsya kepada pengguna setia jenamanya.
“Selamat hari raya dari team @wawacosmeticshq. Inilah tulang belakang HQ WAWA. Thank you for dedication & hard work my team! Bulan terbusy adalah bulan puasa. Sampai ada yang balik pukul 1 pagi. Thank you korang.
“Siapa nak duit raya mcm dorang, komen barang apa yang u pernah beli dengan @wawacosmeticshq ok,” jelas Wawa.
Menerusi video yang dikongsikan di Instgaram itu, ia sudah pun mendapat lebih 36,000 tanda suka.
Meninjau ke ruangan komen, peminat menitipkan ucapan yang baik-baik dan tak kurang yang berkongsi mengenai produk Wawa Cosmetics kegemaran.
Sudah saling rapat sejak lebih dua dekad lalu, aktres Fasha Sandha akui teruja apabila berkesempatan untuk menghadiri majlis berkahwinan sahabatnya yang juga bintang Seberang, Luna Maya du Ubud, Bali, Indonesia.