“Tak malu… Sebab di situlah tempat saya.”

Demikian kata penyanyi, Tom selepas ditanya mengenai keterbukaannya berkongsi pernah mencari rezeki sebagai penyanyi di kelab malam selepas lama menyepi dari dunia hiburan tanah air.

Tom, 36, yang kini turut bersaing di dalam Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) berkata, tidak ada sebab untuk dia rasa segan apabila bercakap mengenai hal berkenaan.

“Saya okay, malah bapa dulu pun main muzik. Tiada apa yang teruk sangat pun. Kami hanya datang (menyanyi) untuk kerja, cari duit.

“Jadi saya tidak pernah nak rasa malu sebab dalam 17 tahun mencari sumber rezeki di situ. Malah kalau selepas ini (tamat GV9) pun kalau saya masih ke kelab bukan nak ‘fun’ tapi untuk tonton persembahan kawan-kawan,” katanya kepada MH.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga menambah, rakan-rakan seangkatan turut beri sokongan selain tidak mahu dirinya terpalit dengan kisah yang kurang enak didengar.

IKLAN

“Kawan-kawan ada beritahu saya ‘lepas ni kau masuk GV, tak payahlah lagi kau jejak kat sini, orang luar akan pandang buruk. Walau mereka tak tahu apa kita buat.

“Kata mereka lagi, kalau nak jumpa di luar. Kalau boleh mereka tak tahu orang fikir yang bukan-bukan pada saya. Bila dengar begitu saya rasa sedih. Tapi kami tak buat apa pun, hanya berkerja. Itu sahaja.

“Anak-anak pun meski masih kecil mereka seolah faham dengan apa yang ibu mereka lakukan,” katanya lagi.

IKLAN

Artikel Berkaitan;

Tom Sedar Khilaf, Tak Mahu Sia-Sia Peluang Kedua; “Saya Tak Layak, Tapi Siapa Yang Tak Mahu Masuk?”

Rezeki Tom Sertai GV9, Cerita Situasi Awal Buat ‘Busking’; “Saya Pernah Dapat RM6 Dibahagi Dua.”

IKLAN

Terdahulu, Tom bakal memberikan kejutan dengan imej baru pada saingan minggu ketiga GV9, malam ini selepas lebih beberapa tahun mengenakan imej rambut ‘dreadlock’.

Tom bakal membawakan lagu Goyang Inul yang pernah dipopularkan oleh bintang dangdut Indonesia, Inul Daratista.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI