Menerusi entri terdahulu pelakon Datin Zizie Izette menerusi Instagram ada memaklumkan dirinya praktikal dan tidak kisah andai anak-anak mengenakan pakaian tidak berjenama asalkan cantik di mata.
Kongsi Zizie, dia juga tidak bersikap cerewet dalam pemilihan baju untuk anak dan dirinya.
Malah, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini berkata dia pernah membeli baju untuk anaknya yang bernilai RM10.
“So guys, I just want to share with u kedai murah yg I belikan utk anak2 dan pernah dipakai pun dlm post2 saya di IG sebelum ni.
“Ha ni lah dia, kedai di Melawati Mall level 2. Semurah rm10!!!
“Saya x propa tau bila saya kata anak2 mmg ada pakai baju rm10. #ilovebeingreal #honestyisthebestpolicy,” tulisnya jujur di entri terkini.
Dalam pada itu, rata-rata peminat kagum dengan sikap rendah diri pelakon berusia 40 tahun terbabit.
Zizie mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Kemudian, Zizie dikurniakan seorang lagi seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette, 1 Mac lalu.
Foto: Instagram Zizie Izette