Kerap dihimpit kontroversi ketika baru sahaja ingin mengorak langkah di dalam dunia seni, penyanyi Syada Amzah akui sudah lali untuk berhadapan dengan kecaman orang ramai.
Meskipun segala tindak tanduknya sering dinilai, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah tetap melihat perkara tersebut daripada sudut positif.
Menurutnya, orang ramai pada ketika ini lebih memberikan perhatian terhadap kehidupan peribadinya berbanding kerjaya seni.
“Pada saya, kebanyakkan orang yang mengkritik nyanyian cover saya, mereka bukan marahkan mengenai nyanyian atau cara sebutan saya.
“Cuma video tersebut dikongsikan pada waktu yang kurang sesuai disebabkan pada ketika itu, nama saya sedang panas untuk isu lain.
“Namun, cara saya mengatasinya adalah dengan berfikir secara positif dan melihat daripada sudut yang baik.
Ads
“Contohnya, kalau mereka hina fizikal saya, itu adalah pemangkin semangat untuk saya diet dengan lebih konsisten,” katanya kepada MH.
Malah, anak kepada penyanyi senior Datuk ND Lala ini juga akui situasi ini memang lumrah sebagai seorang anak seni.
“Saya tak terkilan. Kita lihat di luar negara sekalipun, orang ramai akan lebih menilai kehidupan peribadi berbanding bercakap mengenai hasil kerja anak seni tersebut.
Ads
“Sebab itu saya mengambil waktu yang agak lama untuk bergiat aktif dalam dunia seni. Saya nak pastikan mental dan fizikal saya bersedia sepenuhnya.
“Kerana itu juga, ramai yang gelarkan saya sebagai kalis kecaman. Segalanya bergantung kepada respon kita sendiri terhadap sesuatu perkara itu,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Syada akui agak ralat apabila ahli keluarga atau orang terdekat turut terkena tempias disebabkan kontroversi yang melanda dirinya.
Ads
“Kita tak sentiasa kalis kecaman kerana kita manusia. Saya hanya akan terkesan kalau perkara itu memberi kesan kepada keluarga saya. Saya rasa orang lain juga begitu.
“Kalau keluarga kita disakiti, sudah tentu kita akan terasa sekali. Kalau saya dikecam atau dilontarkan perkataan yang tak elok, biasanya bukan saya yang sedih tapi orang-orang di sekeliling saya.
“Ahli keluarga dan kawan-kawan yang akan rasa lebih sedih berbanding saya. Itu yang buatkan saya sedih kerana saya telah membiarkan mereka disakiti,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Syada Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas melakar sejaran sebagai artis pertama negara ini yang berpeluang membuat sidang media seterusnya membuat persembahan di atas kapal terbang AirAsia pada ketinggian 38,000 ribu kaki di atas laut, kata-kata kecaman mulai ditinggalkan di laman Instagram penyanyi berkenaan.
Malah, ada yang turut mempertikaikan mengenai hal tersebut selain tak kurang yang meminta penyanyi asal Sabah itu supaya membuat cara lain demi meraih perhatian.
Ditanya mengenai perkara tersebut, penyanyi lagu Alergi Sepi itu bagai sudah dapat jangka pasti akan ada segelintir netizen yang pesimis terhadap usahanya itu.
“Saya sedar, dalam ramai yang suka pasti akan ada yang tak kan puas hati dengan apa yang kita buat. Bukan saya saja, tetapi artis lain juga. Apa pun, niat saya untuk membuat sebuah kelainan dengan menyanyi ketika kapal terbang sedang berada di awangan sudah berjaya saya realisasi.
“Empat tahun saya simpan hasrat yang satu ini dan pastinya saya mahu kongsi perasaan gembira bersama peminat dengan berkongsi foto sekitar kejadian. Tapi tak sangkalah pula ada yang tak berapa suka.
“Siap apa yang komen mengapa tidak buat quamulail, siapa saya untuk mendapat kebenaran dan sebagainya. Bagi saya mudah, kalau niat baik, insyaAllah akan dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai pendiriannya selepas ini, Azharina mengakui perlu memandang ke depan tanpa mempedulikan kata-kata yang tidak membina.
“Buat apa saya nak ambil pusing. Lebih baik saya fokus pada persiapan konsert yang akan dilangsungkan minggu depan. Biasalah, mulut tempatan orang kita tak boleh nak tutup. Jadi biarlah. Kalau penat nanti mereka akan diam sendiri, kita hanya perlu teruskan apa misi kita saja,” ulas Azharina optimis.
Concert Azharina: Queen of Soul bakal berlangsung pada 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam. Penyanyi itu dijangka bakal mempersembahkan lebih 22 buah lagu termasuk madley pada malam itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas aktor, Rashidi Ishak tampil memberitahu instafamous yang juga finalis Dewi Remaja 2014/15, Fify Azmi bukanlah orang ketiga di atas perceraiannya bersama pelakon Vanidah Imran seperti yang diperkatakan sesetengah netizen.
Bintang muda itu turut tampil memberikan penjelasan.
Katanya kepada MH, perpisahan keduanya sudah pun lama berlalu, cuma secara kebetulan namanya terpalit apabila video dan foto promosi produk minyak wangi keluaran Rashidi turut memaparkan wajahnya.
“Ketika itu saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Jadi saya tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah ahli keluarga menghubungi dan memberitahu kisah sebenar.
“Saya terkejut tetapi pada masa sama relak saja dan positif kerana apa yang berlaku tiada kaitan dengan saya.
“Abang Rashidi merupakan bekas majikan saya ketika bekerja di sebuah stesen radio. Kami sudah lama kenal. Saya sendiri pun sudah ada boyfriend dan sudah lebih empat tahun kami bercinta.
“Malah kekasih saya pun turut pernah bekerjsama dengannya. Tiada isu pun saya sebagai orang ketiga seperti yang sangka sesetengah pihak,” jelasnya.
Ditanya mengenai mengapa dirinya mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen menerusi beberapa foto yang terkait dengan aktor tersebut, Fify punya jawapan sendiri.
“Saya sengaja tutup sebab saya tak mahu baca atau beri peluang buat netizen yang tidak tahu asas cerita, tetapi berkongsi sesuatu yang tidak benar. Sebab kalau benda tak betul disebarkan, ia boleh jadi lebih teruk.
“Jadi lebih baik saya tutup ruangan komen dan saya boleh fokus dengan kerja saya,” kata Fify yang kini sibuk di lokasi sebuah filem aksi.
Foto: Instagram Fify Azmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Aina Abdul akui satu ketika dahulu dia akan mudah tersinggung dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh segelintir pihak gara-gara penampilan ‘luar kotak’ yang sering digayakannya ketika membuat persembahan.
Menurut Aina, setiap kata-kata negatif atau berbaur sindiran itu akan sentiasa bermain di benak fikirannya.
Namun, seiring perjalanan waktu, penyanyi yang terkenal dengan kekuatan vokal itu menyifatkan dirinya kini lebih matang untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
Aina Abdul Makin Kuat, Kalis Kecaman Netizen
“Kalau dulu, saya akan mudah bengang dengan gelaran-gelaran negatif daripada netizen. Komen-komen tersebut akan menghantui saya sepanjang hari itu. Saya akan moody dan cepat overthink.
“Namun, sekarang saya semakin kuat. Saya juga punyai sistem sokongan yang sangat membantu. Mereka akan sentiasa pastikan saya tidak nampak komen-komen negatif itu.
“Saya rasa sangat dilindungi. Mereka lebih mengetahui diri saya daripada saya kenal diri saya. Ia juga membuatkan saya lebih mengenali diri sendiri.
“Jadi, saya cuba untuk tidak melihat dan membaca komen-komen negatif itu. Walaupun saya cakap saya kuat tapi tentu ada harinya kita akan rasa down juga,” katanya kepada MH.
Aina berkata sedemikian ketika ditemui pada sebuah majlis sidang media yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya.
Pandang Setiap Komen Negatif Dari Sisi Positif
Bagaimanapun, penyanyi lagu Semalam itu tetap mahu memandang perkara ini dari sudut positif selain turut menyifatkan komen-komen netizen antara faktor yang membuatkan namanya terus kekal relavan sehingga hari ini.
“Segala komen-komen netizen sepanjang empat hingga lima tahun ini sememangnya banyak membantu perjalanan kerjaya saya dalam cara yang sangat pelik.
“Mereka membuatkan semangat saya rasa ‘terbakar’. Setiap kali saya buat sesuatu, saya mahu pastikan mereka bercakap dan berfikir mengenai saya.
“Untuk terus kekal di dalam industri bukan sesuatu yang mudah. Saya salute kepada artis-artis senior yang mampu bertahan sehingga hari ini.
“Tanggungjawab anak seni ini besar. Sebab itu saya dan team akan sentiasa brainstorm untuk setiap idea pemakaian dan persembahan untuk mereka sentiasa ingat saya,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.