Tampil dengan imej yang lebih ‘vibrant’ dan berbeza di dalam drama pendek, Suami Raya, penyampai radio Suria FM, Dj Lin menerima segala kritikan netizen dengan hati yang terbuka.

Menurut Dj Lin, setiap orang mempunyai citarasa sendiri lebih-lebih lagi dalam soal pemilihan fesyen.

“Saya Tak Rasa Dibadutkan,” – Imej Berbeza Dalam Drama Suami Raya, Dj Lin Hormat Idea Anak Buah

“Saya tidak melihat sosial media tapi saya dimaklumkan oleh staf, rakan-rakan media dan kelab peminat. Orang ramai boleh menaksirkan apa sahaja.

“Dalam suka, ada orang juga tidak suka. Saya tidak berkecil atau terasa hati,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, Dj Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Radio Suria FM memaklumkan dirinya tidak mahu membataskan kreativiti anak buahnya yang berhempas pulas memerah idea.

“Saya Tak Rasa Dibadutkan,” – Imej Berbeza Dalam Drama Suami Raya, Dj Lin Hormat Idea Anak Buah

Ads

“Apa yang saya lakukan, saya hanya mengikut apa yang telah diaturkan oleh anak-anak buah saya di team digital Suria FM. Saya kena hormat kerana ini idea dan hasil kerja mereka.

“Saya tak boleh nak kata tidak bila mereka mengarahkan saya untuk mengenakan sesuatu fesyen. Kalau kita persoalkan, itu bermakna kita membataskan kerja mereka.

“Sebelum mereka nak mengarahkan sesuatu, mereka sudahpun membuat persiapan rapi. Banyak meeting yang telah diadakan.

“Takkanlah kita nak semudah-mudahnya menolak. Sia-sialah kerja mereka. Buat apa dia adakan team tersebut kalau kita tak nak dengar,” ujarnya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Dj Lin turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya telah diperkotak-katikkan oleh anak-anak buahnya.

“Saya Tak Rasa Dibadutkan,” – Imej Berbeza Dalam Drama Suami Raya, Dj Lin Hormat Idea Anak Buah

“Saya tak rasa dibadutkan. Pasa saya itu hanyalah sebuah karakter dan saya menjiwainya. Mungkin itu adalah imaginasi team digital kami.

“Saya rasa okay sahaja. Saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Mereka tentukan pakaian saya sepenuhnya.

Ads

“Saya memang sejenis yang boleh menerima arahan. Sejak dahulu lagi begitu. Ada masa kita boleh tegas dan memimpin. Ada ketika, kita kena hormat.

“Kita kena bagi peluang mereka untuk mengembangkan kreativiti mereka,” akhirinya.

Terdahulu, Suami Raya adalah drama pendek bersempena kempen raya Suria FM.

Selain Dj Lin, drama ini turut dibintangi para penyampai radio Suria FM, Azlee Senario dan Shuib.

Suami Raya kini boleh ditonton di saluran Youtube, Suria FM.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI