Selepas berjaya mencipta nama menerusi lagu Aroma, penyanyi dah pelakon, Shalma Eliana kini tampil dengan single terbarunya yang berjudul Rambang.
Masih mengekalkan gandingan Mas Dewangga serta Firdaus Rahmat sebagai komposer dan penulis lirik, Shalma menjelaskan lagu ini sebenarnya banyak berkait rapat mengenai kehidupannya sebelum ini.
Jelas Shalma, lagu Rambang ini sebenarnya menceritakan mengenai seseorang yang mudah tertipu dengan setiap kebaikkan yang berlaku di dalam dunia ini sedangkan ia hanyalah bersifat pura-pura
“Sudah tentu lagu ini ada kena mengena dengan saya. Sebenarnya saya ni datang dari keluarga yang tak terlalu terdedah dengan pergaulan bersama orang luar. Saya ni sejak kecil memang duduk rumah sahaja.
“Bila saya berumur 18 tahun, barulah saya mula keluar dan bercampur dengan orang. Kiranya ‘melepak’ bukan sesuatu yang biasa buat saya. Bila saya mula bergaul, saya merasakan semua orang yang saya jumpa adalah baik,” katanya kepada MH.
Adik kepada pengacara, Shalma Ainaa ini berkata sedemikan ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Rambang yang diadakan secara vitual pada Selasa.
Katanya lagi, perkara seperti ini telah banyak mengajarnya untuk menjadi lebih matang terutamnya dalam menilai hati budi orang lain.
“Saya tak rasa pun dunia ini kejam tapi bila dah berjumpa dengan ramai orang, rupanya ramai yang pura-pura baik. Bila di belakang mereka sebenarnya menikam kita. Kemudian baru saya faham yang perkara tersebut adalah normal dalam kehidupan.
“Saya rasa semua orang akan melalui perkara tersebut. Bila kita dah faham, kita akan jadi lebih kuat dan pandai menilai orang lain,” ujarnya lagi.
Langsung ditanya mengenai hubungan cintanya bersama penyanyi, Ismail Izzani, ini reaksi yang diberikan oleh bintang berusia 21 tahun ini;
“Sebenarnya bila PKP ni memang kami rasa agak jauh sikit sebab sebelum ini kami selalu meluangkan masa bersama. Kami ada merancang untuk masa hadapan kerana hubungan kami memang serius tetapi bukanlah dalam masa yang terdekat.
“Saya ingin menamatkan pengajian saya dahulu dan saya ada banyak lagi yang perlu saya capai. Mungkin pada umur 25 siapa tahu. Ibu bapa saya pun minta saya kejar cita-cita dulu. Doakan yang baik-baik,” akhirinya.
Terdahulu, lagu Rambang kini sudah boleh mula didengar diseluruh platform penstiman manakala lirik videonya pula kini sudah boleh ditonton di saluran Youtube Shalma Aina sendiri.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI