Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal meluahkan rasa sedih dan hiba atas pemergian pelakon dan pelawak, Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.
Meski reda namun memori bersama Allahyarham tetap terpahat dalam diri.
Jelas AC, hubungan bersama arwah Abam bukan sekadar persahabatan rakan selebriti di atas pentas semata. Sebaliknya, ia lebih seperti hubungan ibarat adik-beradik.
“Dia punya keakraban tu…memang macam adik-beradik yang dah tak ada malu, terlampau akrab sebenarnya.
“Memang setiap tahun andai ada yang bertanding di Maharaja Lawak Mega saya tahu masalah-masalah yang mereka hadapi misalnya macam mana nak dapatkan idea.
“Jadi jadi kita dah biasa sangat sampailah saya ambil mereka buat album dan lagu raya 4U2C terbaru,” jelasnya jujur.
Pada masa sama, AC Mizal turut menambah, agak sukar untuk menerima berita mengejutkan itu meski reda atas kentuan Yang Maha Esa.
“Sebab itu susah untuk saya terima dan mak dia pun baik dengan saya. Sampai kita pernah sambut mak dia punya hari jadi, waktu itu kami di Kedah dan saya masih ingat lagi buat dekat warung, makan kek dekat situ.
“Jadi memang saya anggap dia sebagai adik. Malah, mereka juga akan sentiasa hubungi saya bila ada masalah, memang kami rapat sampai saya tak sanggup nak tengok jenazah kerana terlampau sayang,” katanya lagi.
Upacara pengebumian jenazah Abam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, pada Isnin malam.
Pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Terdahulu, hos Maharaja Lawak Mega ini ditemui pada majlis pelancaran dua produk terkini Idealyst, k1ss Lip Mate yang terdiri dari lima rona berbeza dan Wonder Trim iaitu makanan tambahan yang diformulasi melalui bahan-bahan yang selamat.
Ia berupaya untuk menyekat karbohidrat, gula, kolestrol dan lemak yang selama ini menjadi intipati makanan seharian.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
Foto: @senifotostudio
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI